Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 31, 2010

hey hey..lets join my contest okay

alahai...sungguh daku kuciwa
aku on blog
tentiba...
sape pun tak nak join contest nie tau
very the sad
=(

tak ape...
masih awal
aku tunggu sehingga 12 Ogos nie
kalau tiada penyertaan
maka...
aku akan create contest baru
yang lagi dasat
kebaboom
haha

korang nie tak gheti masak atau ape hah?
jangan la tiru aku
aku mmg tak terer dan hebat macam korang
siang ikan pun tadi aku pass kat adik ipar aku
very the hebat kan?
haha

nie ha..
mertua aku berada di rumah aku skrang
so agak terhad la nak menceceh
sebab tetamu harus diutamakan
=p

esok aku ingat nak ke sua rasa la
zikir dah tadi ke telinga incik fami
tapi nan ado respons
coiiii
mamat tue memang
kalo wayang lajuuuu je
kalau aku ajak ke sua rasa
coiii
dua kali tau aku coiii
mencik
huhu

apa pun janga korang ingat aku ludah laki aku
ko gila nak ludah mamat tue
sekali dia ludah aku
44 kali aku bengap
haha

ok..lets join the contest yo
aku menunggu korang punya resepi
berkobar kobar giler giler tahap kucing siam nie
nak test resepi korang
daaa...

Isteri Incik Fahmi =p

Friday, July 30, 2010

kenapa saya pilih untuk tidak bekerja?

owh~title entry di atas
bukan menunjukkan aku tidak kerja sampai selamnaya
tetapi
ko tau kan aku tengah tunggu posting
sama dengan Puan Yong Nana
setiap hari kami berdoa
supaya cepat cepat lah dapat mengajar
Puan Yong pulak
dah mabuk kerinduan tahap cipanzi terhadap suaminya
ampun puan
haha

Ikutkan badan
nak aja aku kerja
tapi ikutkan hati
jadi tak nak
aku mempunyai beberapa alasan yang maha kukuh

pertama
aku tak pasti di mana aku bakal dilontarkan
atau bahasa kasarnya di humban ke negeri mana
kalau Melaka
alhamdulillah
syukur yang tidak terhingga

maka...
dengan itu
tiga bulan ini
aku mahu menggunakan masa yang semaksimum mungkin
dengan suami aku yang aku cintai
=o
in case aku di humban ke Mumbai
upsss
silap
haha
ke Sabah atau Sarawak
atau ke negeri negeri lain
maka aku jadi tidak lah sedih atau hiba atau pilu sangat
sebabnya aku telah memaksimumkan 3 bulan
selepas berkahwin ini dengan menjaga kebajikan suami aku
faham?

keduanya
aku nie agak light light lazy
bahasa omputihnya cakap gtu
tapi bahasa kedahnya
"PENYEGAN"
haha
maksud di situ adalah malas
buktinya...
tak gheti siang ikan
hoho
maka...
3 bulan inilah
aku nak belajar memasak
pelbagai resepi aku kutip
aku print dan letak atas freeze
so bila suami aku cakap
nak makan ayam goreng berempah
aku pun start bersilat
sambil sambil bersilat
jeling jeling resepi yang aku print tempohari

dengan itu
aku akan feeling feeling jadi chef yang amat hebat
haha
setakat sebulan aku berada di rumah sendiri
perghhh
ko jangan tak tau
macam macam aku masak
boleh dikatakan
menjadi hebat wooo
dan sedap pulak tue
aku tau korang pasti jeles kan
sebab aku puji diri aku
haha

ketiga
aku risau
kang kalau aku kerja
aku tak sempat nak berehat sepenuh hati
dulu sebelum kahwen
aku telah bekerja keras
yang sangat dahsyat
so..bila dah kawen
rumahtangga jadi number satu
hihi
jadi..aku ambil keputusan
duduk di rumah
rasa macam mana jadi surirumah
dan rasa juga
ada ketikanya bangun tidur pukul 11 pagi
walla~
sorgaaa ko tau

dengan berbekalkan alasan yang tiga itu
arakian katanya
betul ke penggunaan arakian nie?
haha
aku shuka jadi surirumah
sebab?
sebab yang tiga tadi la

eh tapi...
weekend aku kerja tau
aku ngajar tusyen
so..sebulan ada la dalam RM 500
bersih untuk berjimba~
yahuuu...
alah..kerja weekend kejap aje
pukul 9 sampai 12 tengahari
kadang kadang pukul 1.30
dua hari dalam seminggu
ok what kan?

itu sahaja bebelan aku
esok aku akan ke PD
melawat MIL aku
dan juga anak buah suami aku
nanti aku stat membebel di sini

have a nice weekend ya korang
muaxxxx
daaa


Isteri Incik Fahmi =p

main masak masak

baru baru nie
laki aku mengidam
bukan main dia
aku lom mengandung
dia plak mengidam
cait~

tekak dia rasa nak makan rendang ayam
perghh
gila ganas
aku mana gheti nak masak rendang
masak simple simple
buleh la
itu pun kadang kadang sedap
kadang kadang idak
haha

so
petang bile ntah
lauk dalam freeze dah habis
meroyan lah aku
ape aku nak masak
then petang tue jugak menggelupur pergi mydin
tempat biasa somi isteri bersoping
haha
jangan ko tak tau
murah gilor engkau harga di sana
haha

so beli lah ayam sekor
dan aku terjumpa.....

 bila terjumpa pes nie
shuka lah aku
sebab senang kerja aku
dah laki nak makan rendang kan

so....

 dalam instruction tue dia suruh aku tumis aje pes dengan minyak
aku rasa macam tak best
so
aku tumbuk bawang merah + bawang putih + cili besar dan halia serta serai
aku tumis sekali ngan kulit kayu manis serta jintan manis
dia punya bau...
perghhh sampai ke rumah jiran jiran aku
aku tipu
haha
aku letak santan sikit serta ubi kentang
sebab laki aku suka kentang
maka....
terhasil lah ia


jemput makan semua
haha
senang dan cepat jugak bila guna pes segera nie kan?
aku baru tau
ya hampun...

 Isteri Incik Fahmi =p

aktiviti di malam jumaat

sememangnya malam jumaat amat ditunggu tunggu
oleh pasangan yang dah berkahwin
hahaha
ok ok
aku tipu

semalam aku ajak sang suami pergi masjid
tapi dia cakap dia letih
laki aku nie kan...
banyak betoi alasan dia
jadi..
dia mengambil keputusan
untuk sembahyang berjemaah sahaja
di rumah
lepas berjemaah kami mula membaca yassin
secara berjemaah

this is my first time since kawen
kami sembahyang berjemaah
tak sompat lah sebelum nie
last week aku bendera jepun
this week lah baru sempat
maka....
berlakulah adegan yang penuh syahdu
eceh
aku tipu lagi
haha

rasa bahagia la
harap harap lepas nie menjadi kebiasaan kami
untuk solat berjemaah
dan membaca al quran secara berjemaah



semoga kebahagiaan milik kita.eceh.haha


Isteri Incik Fahmi =p

Thursday, July 29, 2010

asid folic

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).

Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid foilk semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada spina bifida

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis
Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.


tamat kisah asid folic
aku hanya bagi info kepada korang
owh~rupanya asid folic nie kena ambil sebelum kita pregnant eh
aku baru tau
very the lembap ohkey aku nie
haha
aku ingatkan time pregnant je kite start ambil
kalau begitu...nak terjah farmasi lah ahad nie
produk  ape yang ohkey eh?
setakat nie aku just ambil Vitamin C sahaja
itu pun kejap makan kejap skip
har har
Isteri Incik Fahmi =p

Wednesday, July 28, 2010

butik pengantin yang aku rasa ok di kedah

ramai jugak yang bertanya
di mana butik pengantin yang ok di kedah
first mmg aku GILA GILA promote IXORA BRIDAL
IXORA nie ada dua cawangan
satu cawangan di JITRA
dan satu lagi di CHANGLUN
tapi kalau nak lagi best
better pergi ke CHANGLUN
sbb the owner ada di sana
namanya KAK AYU
kak ayu sangat sangat ok in handling customer
pekerja dia semua ok dan peramah
style yang macam mana korang nak
citarasa korang diorg akan titik beratkan

first time aku pergi sana
kak ayu yang recommend baju macam gitu gni
dan siap pakaikan aku lagi pakaian
sejak dari situ
aku tau
kak ayu ikhlas in her bisnes
sebab tue makin menjadik bisnes dia

design pelamin ko tak payah cakap lah
very the vass
ko pilih je yang mana berkenan
kawan aku ada sorang ambik kat kak ayu
so..dia mmg rekemen gila gila kat aku
dats why lepas je kejadian yang aku sumpah tak boleh lupa
aku sangat berhati hati memilih butik
kena survey betul betul
dan akhirnya
Allah temukan aku butik yang paling tepat
alhamdulillah

kedua
UMMIE ONE
terletak di CITY POINT
owner dia KAK MIN
KAK MIN gila gila orangnya
berceloteh dan peramah gila gila
dulu time aku tunang
dia lah yang mekap kan aku
murah gila ok butik nie
mekap tunang dengan harga RM 60
mekap akad nikah hanya RM 80
kak min siap suruh aku promote lagi
dan jaja nama dia dalam blog
suruh ramai2 pergi diskas dan handling dengan dia
tentang citarasa yang korang nak
owh~butik terletak di city point,alor setar
tingkat 3 kalau tak silap
akad nikah dan tunang
mmg aku ambik dekat dia
HIGHLY RECOMMENDED~

gaun plak aku ambik di YANA
terletak di Taman Pandan
Owner dia sangat peramah
dan baik hati
memang sweet je akak tue
siap rekemen lagi
gaun style macam mana aku harus pakai
aku just ambik gaun
dengan harga RM 150
ok lah kan...

ROMZY pun ok
dulu adik aku kerja di ROMZY
tapi pakej dia aku tak tau la macam mana
dari yang murah
sampai yang mahal la kan
tapi adik aku cakap
owner romzy sangat pemurah
dan ramai pekerja
so..adik aku ada jugak rekemen
tapi aku tanak
sbb aku nampak keikhlasan kak ayu lagi
:)

BUTIK DE KASIH
ok jugak
sbb jiran aku pernah sewa baju akad nikah dan bertandang
baju banyak design dan banyak pilihan
ramai jugak customer time aku pergi survey dulu

EILA BRIDAL DE ARMOUR
di shahab perdana
kawan aku ada 3 orang ambil pakej di situ
so far sangat ok
mekap di butik tue sendiri
owner dia peramah
siap cadangkan lagi
macam mana pelamin aku
macam macam lagi lah
peramah dan baik akak tue
aku tak ingat nama apa
tapi aku pernah survey di butik tue
dah dua orang kan kawan aku ambik di situ
so..ok lah jawabnya

lagi....SESIREH di Jitra
tiga orang kawan aku ambik di sana
owner dia sangat cute dan cantik
baju dia semua dilindung dengan plastic cover
mmg sangat sangat terjaga
pernah aku pergi survey
harga sangat berpatutan
dan kawan aku cakap pakej dia sangat menarik
kalau tak menarik
takkan kawan aku dah tiga orang ambil di tempat tue kan

so to B2B
aku hanya tau butik butik nie sahaja
yang lain lain aku tak tau
bukan tak best atau ape
tapi korang sila survey dulu
jangan main terjah,terkam dan gopoh
tapi kalau korang ambil di IXORA
terjah dan bagi deposit aje
memang puas hati sangat sangat
=p

insyallah
ada rejeki
anak aku punya majlis akikah nanti
aku akan come back to IXORA
untuk hiaskan pelamin mini
alah..macam artis artis buat baby shower diorang tue
hiks

semoga butik butik ini menjadi panduan berguna untuk korang
ape ape email je aku
yang mana aku leh bantu
aku cube



Isteri Incik Fahmi =p

kenapa aku rasa macam dah lama kawen?

aku rasa macam dah lama kawen
haha
check ticker baru je sebulan lebih
pelik betoi keadaan aku
aku tau sebab ape
sebab aku jadi full time housewife
sebab tue aku rasa macam lamanya aku dah kawen
haha

yer la..
bangun pagi
tadak keja nak buat
nak nak pulak
sepanjang minggu nie aku puasa
lagi la aku dok saja
langsung tak buat ape benda
haha

laki aku plak
dah tau aku puasa
lunch dia akan skip
dia akan makan di cafe U dia sahaja
dah tue plak
aku belom kerojer
maka..rasa macam dah lama la kawen
cait~
bila nak kerojer nie?
tak sabar dah aku
huhu

aku rasa nak pergi bercuti la
aku kan kaki sosial
haruslah bercuti setiap bulan
teringin gila gila hokay nak pergi ayer keroh wet world tue
tapi laki aku belom bagi green light
rasa macam nak merajuk seminggu kot
baru dapat green light
haha

setiap kali laki aku nak baca blog aku
sumpah aku tak bagi
malu
sebab penulisan aku bukan hebat pun
dia pulak kaki mengomen
tapi..
aku rasa la
dia pernah baca blog aku
tapi dia diam diam
macam mane aku tau yang dia pernah baca

"saya rasa la,akaun nuffnang awak dah meningkat!"
ohmaigod
"macam mana abang tau?"
"saya ada check"
cait
rupanya dia verangan nak jadi PA di blog aku nie
cait
haha
ada je pantauan dia
aku tak tahu sangat bila dia belek blog aku nie

sebabnya time dia online
aku dok di bawah
tengok tibi
lipat baju
masak
dia pulak di atas
bila aku di atas
dia pulak di bawah
haha

jadi aku tak tau apa yang dia belek telek
yang pastinya setiap hari ada je dia tengok
website tentang kereta
pastue verangan sorang sorang
"nak beli BMW lah nanti"
"eh..BMW mahal la..kite tukar CALDINA nak?"
suka hati kau lah labu
yang pasti bukan guna duit aku
wahahaha
serius kejam

laki aku kalau tentang kereta
bukan main shuka
tapi kalau aku suruh goreng telur sebiji
dipekakkan telinga nya
very the hampeh
=p

kalaulah dia baca entry nie
mampos aku dihumbannya ke dalam lubang jamban
kah kah kah
amponnnn bang

Isteri Incik Fahmi =p

doorgit

sebulan lebih aku kahwen baru hegeh hegeh nak bgtau doorgift
haha
aku lupa lor
nie pun sebab check balik
jumpe la sikit
ada lagi yang lain
tepi tak sempat nak hembek gambo
maka
yang nie aje lah aku jaja
mana tau korang ada idea nak buat mcm nie


 ada surah yassin kecik ngan tasbih kecik
dua dua aku borong di MYDIN
aku beli 50 pieces aje
sebab nak bagi time orang salam pengantin di pelamin sahaja
yang plastic ngan sign tue aku order dari kak faiz
website dia aku da tak ingat
itu sahaja

 Isteri Incik Fahmi =p

Tuesday, July 27, 2010

umpama mimpi dalam mimpi

sabtu lepas kami berdua telah pergi lagi menonton wayang
dialog bermula begini
petang dalam pukul 5

"abang,jom kita pergi kayuh kayuh motobot di tasik ayer keroh nak tak?"
sang suami menjawab
"banyaknya pitih (duit)"
sang isteri terdiam tertunduk seribu sebab keciwa

dekat dekat nak maghrib pulak
sambil tengok tengok newspaper
"abang,macam best jer citer INCEPTION nie"
sang suami berkata
"erm..a'aah la..jom pigi tengok nak?"
dan dan sang suami meloncat check movie pukul berapa
coiii

tadi petang aku ajak beriadah di tasik
cakap tak ada duit la
berjimat la
sekali movie
meloncat terus pak cik tue
coiii

maka..check punya check movie pukul 9.30
dia punya bersiap
pantas mengalahkan kilat
bawak kereta macam ala ala drift
sebab jam dah pukul 8 lebih
ko tau la Melaka kalau weekend konpom jem

bila sampai
"inception 2 tiket"
"maaf abang,sit tinggal yang depan aje"
ko giler nak CNN (cangak and nganga) depan skrin
hazab aku tanak

sekali citer pukul 12.30
tunggu lah macam menunggu bulan yang tidak akan jatuh jatuh
cait~

malam tue ada konsert
ada Zarina AF,Erry Putra,Azza Elite ngan Farahwahida
best jugak
memula nak pergi makan
sekali laki aku syiokk pulak melayan konsert ape ntah
tak silap aku sempena hari pengguna kot
;)

bila dah pukul 11
singgah makan di old town
dan...aku hentam nasi lemak ohkey!
haha

bila movie dah start
aku terlentok dan terus tido selama 30 minit
sebab ape korang tau?
citer inception sungguh PENING dan KONPIUS
aku langsung tak paham

laki aku pulak macam biasa la
"bestnya citer nie"
aku pun tak paham macam mana dia buleh kata best
very the feliks

citer tue umpama mimpi dalam mimpi
ada 4 mimpi dalam citer tue
dats why aku langsung tak paham
hahaha


Isteri Incik Fahmi =p

18 sx..shiiiii..jangan bagitau orang len


 awas!jangan meraba.hahaha.


 awas!ramai penjenayah di sini...kalau kau dekat aku tembak!

yang nie aku tak bleh BLAH ohkey!sumpah lawak

act,aku dapat nie dari FB kawan aku
dia pergi Chiang Mai kot if im not mistaken
so bila aku tengok gambar2 dia di FB dia
macam best!
part yang paling best
part 3 sign yang melucukan nie lah
ade jugak sign macam nie eh
ke aku yang tak tau?
hahaha

 Isteri Incik Fahmi =p

Monday, July 26, 2010

soalan yang malas aku nak layan

soalan soalan macam begini saya sungguh malas nak layan
apakah soalannya?

dah mengandung ke wei?
bila nak proses anak?
bila aku nak dapat anak buah baru?
bila anak aku nak main dengan anak hang?

perghh
hello~
aku baru kahwen sebulan lebih sahaja
lain lah kalo aku dah kawen setahun lebih
soalan soalan itu sungguh mendukacitakan saya

sabar lah sayang sayang semua
aku baru nak rasa nikmat hidup berdua
sampai kadang kadang bohsan jugak tahap maksima
ye lah
laki aku pigi kelas
dan aku macam mayat hidup di rumah
kejap kejap naik atas
pastue blurrr tak tau nak buat ape
kasi lah can aku berehat sebentar bersama kit kat

bagi lah masa kat aku
nak berchintan chintun dengan suami aku
dalam 4 bulan lagi
bulan ke 6 aku start la proses
haha
bulan ke 6 tue bermaksud hujung tahun la
lebih afdhal katanya
=p

aku bukan apa uolls
sejak kahwen nie
aku suka baca blog blog ibu mengandung
dan pengalaman mereka memberanakkan baby mereka
bila baca
dan terus hayati
serta membayangkan diri sendiri
dan dan rasa mau terencat
sebab aku sungguh ngeri dengan pengalaman bersalin
sungguh~

tapi aku kena lah tempuhi jugak
bagi lah masa aku menenangkan fikiran kejab
haha
sang suami dah tak sabar mau baby
rasa macam...
ape yer?
aku tau anak memberi seribu rahmat
sabar yer sayang
ngeee


 Isteri Incik Fahmi =p

sepetang di pantai

jumaat petang tue
sebelum tgk movie
aku dah set laju laju ngan laki aku
nak berkelah di pantai yang indah
so...
demi menjaga kebajikan sang isteri
harus dia mengikut vontot aku
haha
sebab malamnya aku plak teman dia tengok movie
kira fair and square lah kan

maka...
kami pun terjah ke pengakalan balak
very the vasss ok pantainya
angin yang sepoi sepoi bahasa
menyanyikan lagu allyecats
perghh
haha


time kami pegi
tak ramai orang lagi
yang ada kanak kanak ribena tengah mandi laut
laki aku tak koser nak mandi laut
dia bukan kaki sosial macam aku
upsss
sosial di sini bermaksud
berjimba jimbi ohkay

laki aku suka dok rumah
tengok tibi
atau wayang
aku pulak
suka berkeliaran tanpa tujuan
lapan ploh kali ke soping complex pun tak apo
laki aku plak seraund ke jasko tue
dah letih mcm orang mati bini
=p

nama lagi berjimat cermat kan
jadi
aku pun bawak lah bekal
bawak roti sosej yang disaluti mayonis magic ohkey
sedap hingga tinggal secoit
sambil makan sambil bergosip
laki aku kalau bab2 bergosip dah sama taraf ngan aku skrang
=0

overall
bila pergi ke pantai
terasa macam ala ala lomantik plak
ketika di zaman berchinta
tamat


Isteri Incik Fahmi =p

laki bini menjadi jadi

hi peeps!
cewah
ape korang buat hah weekend lepas?
aku punya aktiviti yang padat
ala ala artis uolss
haha

jumaat malam lepas
laki aku dah stat meracau
bukan meracau ape
dia kan kaki wayang
ada la satu citer best di cinema nun
citer

sorcerer apprentice
citer nie mmg best dan terbaek!
mengikut kronologi dan kelakar pun ada
aku macam besa la
aku kan bukan kaki wayang
so mula mula macam tak faham sangat
tapi bila dekat tengah tengah
wah~
wah~
dan terus wah
haha

laki aku suka meroyan sebab cinema dekat giler ngan rumah
5 minit naik kereta
tanpa gangguan kereta lain
dah sampai
tue yang dia kemaruk semacam je nak pegi tengok wayang

next week dia dah set nak tengok citer SALT
lakonan angelina jolie
cait!
jom korang pergi terjah pawagam next week
tata

 Isteri Incik Fahmi =p

Friday, July 23, 2010

aku ingat aku sorang ja yang tak reti...

wahhhhhh
smlm kan aku buat entry terbaek
aku tak gheti gila gila nak siang ikan kan
ingatkan aku sorang ja yang takgheti
rupanya korang pun sama
kah kah kah
aku gelakkan kat korang jugak
kah kah kah
sekali lagi aku gelak

itulah kan
wanita zaman moden
asik ngadap PC
pastue update blog
bukan nak tengok mak buat ape di dapo
kan kan kan?
hahaha

maka
ucapan terima kasih
sbb siap bagi link lagi kat aku
di you tube
tunjuk cara cara nak siang ikan
terima kasih ya!
terharu
*sob sob sob

ada jugak yang bagi resepi
di FB
cara cara nak buat kuah laksa
menggunakan ikan sardin atau tuna dalam tin
kedavasss
thanks so much

hari nie berazam
nak pegi cari laksa
nak rendam semalaman
then esok nak tru resepi yang kawan aku bagi di FB
thanks ya aida
terharu lagi
*sob sob sob

aku nak pergi piknik nie ngan laki aku
jangan jeles mahupun nak mengikut hokay!
haha
daaa


Isteri Incik Fahmi =p

Thursday, July 22, 2010

ya..saya mmg tak reti nak siang ikan

 tadi petang
aku teringin gila gila nak masak dan makan laksa
dengan gegaran air tangan aku sendiri
tapi....

hehe

aku kan...
tak gheti nak siang ikan
korang jangan nak gelak
mahupun menyumpah aku hokay!

aku memang tak gheti
maka aku pun tulis la di wall
sesaja suka suka
feedbacknya...
kemain mengata aku diorang nie
tanak geng

ko tau
aku baru baru nie
pegi soping di mydin nun
idup susah kan..
mydin je la terbaek setakat nie
nan ado nya nak terjah ke harods ke hape ke
hahaha
tunggu aku kaya gaji sebulan pat ploh ribu
aku soping tiap2 hari di parkson,harods dan soping mall yang gah lah kekdahnya
=p

di mydin kan ada bahan basah
so terdetik dalam hati
nak suruh mamat mamat tue siangkan ikan
sbb aku mmg tak gheti
laki aku jauh nun berada di port terbaek
sbb dia malu
aku nie ha
muka tak malu
suruh lah mamat mamat hensem tue siangkan
ko tau
diorang punya gelak tak hengat kat aku
cait!
kalo adik aku
sah aku siat siat mereka

sekali mereka berkata
"di sini ikan nie tak bleh siang kak"
"ikan beso beso je buleh siang"
waklu!!!
dan dan berlari
sambil tutup muka
hahaha
letak balik ikan belikan itu

sekian!
aku yang sampai sekarang tak gheti nak siang ikan
harap maklum
=__*

 Isteri Incik Fahmi =p

mari mari kita makan pegaga

hari nie aku masak special
hahaha
ulam pegaga
teloq goreng
dengan kicap yang diletak cili padi dan perah asam limau
mabeles hokay!


isnin lepas aku pergi pasar malam
ya ampunnn..
aku teringin gila gila durian
beli 4 biji
kesemua aku bolot
hahaha
laki aku tak makan
busuk
eceh~
kengkonon western la tue kan
coiii

jadi
singgah aje pasar malam
panjang la kaki aku
ternampak pulak pegaga
seikat sehengget sahaja
maka aku pun beli
buat ulam

nie ha,aku kongsikan dengan korang khasiat ulam pegaga

Amalan kerap memakan pegaga boleh menjadikan seseorang itu awet muda dan tubuh badan tidak gemuk. Pada masa lampau ada gerai yang menjual jus pegaga sebagai tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan. Dimakan, dibuat jus minuman atau direbus untuk diminum sebagai penawar alahan, antikanser, menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka, melawaskan buang air kecil, meransang peredaran darah, merawat cirit-birit, merawat sakit keronkong, penawar kencing berdarah, penawar batu karang, penawar demam panas, penawar ulser, sebagai minuman tonik dan menurunkan tekanan darah tinggi.
pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. 

credit kepada puan ini

tak silap aku
banyak lagi khasiat pegaga nie
terutama kepada kaum wanita
jadi..
kat sini
aku kempenkan korang semua
makan ulam ulaman
supaya nampak muda dan meletops

jap...

jemput makan semua
lariiiikksss

 Isteri Incik Fahmi =p

mari kita bersabar

Pertama, sabar menghadapi kekurangan pasangan. Pernikahan adalah kesimpulan terakhir setelah seseorang mempertimbangkan semua kekurangan dan kelebihan pasangan. Tidak pada tempatnya bila setelah menikah seorang suami mengeluhkan kekurangan yang ada pada istrinya. Demikian pula sebaliknya. Masing-masing harus menerima kekurangan atau kelebihan pasangannya dengan penuh kesabaran

Kedua, sabar menghadapi godaan. Rumah tangga itu laksana perahu. Untuk mencapai pulau kebahagiaan di surga, perahu itu harus berlayar mengarungi luasnya samudra masalah. Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai. Namun jangan lupa, siapa saja yang bertolak dari pantai untuk menyeberangi lautan, maka ia akan menemukan ganasnya ombak. Siapa saja yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil bahtera rumah tangganya akan karam ditelan gelombang.

ketik di sini untuk artikelnya

pada aku
dalam rumahtangga kita mesti banyak sabar
dendolo time sebelum kawen
aku kurang sabar
tapi setelah berkahwin
banyak wooo aku sabar
macam ada punat plak
kalau marah
punat itu pun menjalankan tugasnya
"hei puan shalin,engkau harus sabar!"
ketingggg
terus hilang marah itu
coiii
haha


Isteri Incik Fahmi =p

berjalan jalan melihat alam,burung dan juga haiwan.haha

hambik kautitle entry cukup lah panjang
sebenarnya...
aku tengah teruja nie
baru lepas jalan jalan ke jasko
gila besau jasko melaka nie
setahun aku rasa
tak habis
setahun kalau ko merangkak la

kalau berjalan
mau dua tiga jam juga kekdahnya
aku bukan apa uols
dah dua hari aku terperap dalam rumah
sampaikan matahari pun aku tak nampak bayang
eceh
over
haha

jadi aku nyatakan hasrat kepada sang suami
sambil berkias
"bestnya kalo dapat berjalan jalan ke jasko!"
fuyoooo
"jasko ada sales"
haha
ayat membodek kekdahnya

maka..
zasss pukul enam
panaskan mee goreng
dan bagi sang suami makan kenyang kenyang
sebab kalau berjalan jalan
time dia lapar
kan ada kang jadi harimau jadian di jasko tue
=p

gila kau
sales kat jasko agak meletop
aku belek belek jugak blouse
tentiba
sang suami cakap
"nak ker?"
sambil tersenyum simpul dan berkata
"cantiklah baju nie bang,meh saya try eh!"
bila try
"cantiklah bang"
ambiklah
maka...
terus meloncat di situ jugak
haha
berjaya jugak aku mengepaw laki aku
haha

kendian..meneruskan hasrat ke fofular
aku mmg niat nak beli buku
buku motibasi rumahtangga
hish
bukan apa uols
time nie la nak tambah ilmu
dah la aku bohsan sorang sorang di rumah
ada buku
buleh jugak aku baca selai dua
even kadang kadang baru sebaris baca
dah lalok
hik hik hik

nanti aku kongsikan eh ngan korang
ape ntah tajuk buku tue
tapi mmg best ar
aku baru sempat baca mukadimah
yang isinya belum
esok lah eh aku buat review
mana tau leh share ngan korang

 Isteri Incik Fahmi =p

Wednesday, July 21, 2010

rindunya saat saat ini


phew!
rindunya saat saat romantis ini
ngeee
berpegangan tangan
sambil muncung kamera menghala ke aku
senyum simpul memalu
owh...
sorgaaaaa
syok sendiri
hahaha

sekarang pegang tangan
muncung kamera guna kodak pun
belom tentu nak menghala ke kami tau
owh~
indahnya perkahwinan

sekian sahaja
rindu itu telah hilang
bila buat entry tentangnya
=p


Isteri Incik Fahmi =p

resepi

hari hari kena masak

sepanjang dua minggu stay di rumah sendiri
tak pernah pun kami makan di luar
chef nya
of kos la aku
vogue lagi bergaya
sambil memakai apron
serta topi tinggi
sambil menyanyi
lagu siti nurhalija
ibarat cerita hotel mania
hahaha
sungguh tak buleh belah

 kadang kadang rasa nak menjerit
apa hah aku nak masak
tapi....
biasalahkan
semuanya di hujung jari
maka...
selesai sudah masalah aku

selalunya aku akan refer di http://www.myresipi.com
anda buleh ketik di sana
untuk tengok dan lihat
rasa tak bleh okeh!
buleh try
yang mana orang komen banyak
aku rasa superb sedap

tadi aku try buat ayam masak merah
habis licin laki aku jamah
aku yang dalam proses cubaan mendietkan diri
terjuling itik tengok dia makan
sungguh sedap!
haha

maka kawan kawan
ayuhlah terjah lihat resepi di my resepi.com okeh
daaaa

Isteri Incik Fahmi =p

Tuesday, July 20, 2010

kehidupan aku setelah bergelar isteri mithali

wah wah wah
tajuk kau puan shalin
sungguh tak bleh blah
haha

kehidupan setelah aku berkahwin
mmg totally different!
(dengan muka yang cukup konpiden)

sementara tunggu keputusan posting
hidup aku penuh cabaran
haha
sebab apa?
ada tiga sebab

pertama : bangun bangun tido
kena fikir
nak masak apa?
nak masak apa?
nak masak apa?
rutin setiap hari

kedua : berat aku telah "ternaik" berkilo kilo
setiap hari
dengan penuh stress
tertanya tanya
"macam mana mau kuruskan badan?"
macam mana?
macam mana?

ketiga : ahlamak..baju sang suami belom digosok
biar lah t shirt pun
tapi aku tetap nak iron
sebab nampak kemas
semart serta bergaya gitu
kendian..
ahlamak..baju belom di basuh

ketiga tiga faktor di atas
menyebabkan hati aku gundah gulana sekejab
haha

jadiknya
bila stress mula menjelma
aku terus buka buku
yang kawan aku hadiahkan time kawen dulu
FYI,aku suka membaca
tapi tgk mood

dulu time kecik kecik
ayah aku siap kurung aku dalam bilik
sbb nak suruh aku membaca
di humbannya aku di dalam bilik
dan bagi banyak buku
supaya aku membaca
sebab tue bila dah besar
dah terbiasa untuk membaca
didikan maut ayah aku dulu gamaknya
=p

buku tue bertajuk "murabbi cinta"
penulis dia Hasrizal Abdul Jamil
website dia
www.saifulislam.com
korang boleh ketik di website dia

banyak info berguna
dalam buku nie
penulisan yang sangat santai
tapi menusuk jiwa
u got what i mean?

dulu ustaz nie pernah tulis buku
aku terima nikahnya
aku belom sempat untuk grab buku tue
insyallah
kalau ada rejeki lebih
nak jugak aku beli
bukan rugi pun beli buku
lagipun untuk santapan rohani

credit to google

yang pakai tudung tue aku ok
yang lebai tue sang suami
hahaha
over kau shalin
*-*


Isteri Incik Fahmi =p

movie review-predators

malam yang hening ning ningpak mat jual topi kuning ning ning
upsss
tentiba teringat zaman kecil dolo dolo
lagu tue quiet famous barangkali
=p

malam sabtu yang lepas
adik aku from UIA
came to lepak rumah kitaorg
so malam tue
macam bohsan tahap dewa 4 kaki bersilang
hubby aku hantu wayang
segala isi wayang
semua dia tahu

setakat aku kenal dia 6 tahun
cerita di panggung
hanya 2 sahaja aku yang pilih
itu pun cerita senario
yang lenlain
semua dia yang pilih
sungguh tidak adik
jahat gilor

maka
malam tue
first time aku tengok midnite movie
so aku macam gedik terlebih sket
yo lah
time bercinta dendolo
mampos kena sembelih
kalo balik lebih daripada 12 tengah malam
sang suami aku nie baek sket
haha

kali nie wayang stat pukul 12 45 tengah malam okeh
aku memula ngantok gilak
tapi gagahi jugak
sbb rasa syiok kan
buleh berjimba di tengah malam
huhu

berbalik kepada tujuan asal aku
sebenarnya nak buat movie review
terbuat pulak review tentang aku
cait!


overall
movie nie tak baik untuk ibu mengandung
gila terkezut tau scene dia
kejap kejap robot datang menyerang
kejap kejap bunyi tembakan
ngeriii mak noks

tapi sang suami
tengok movie tanpa paling kat aku
cait!
panas je hati aku
dia kalau tgk movie
mmg dia verangan
kengkonon dia lah hero dalam cerita tue
=p

hish
bagi aku yang lemah lembut gemalai bak ikan pari nie
mmg tak besh la cerita nie
hoho

sekian sahaja
terima kasih


Isteri Incik Fahmi =p

Monday, July 19, 2010

anak anak kami.hahahaha..pengsan

aku dok baca
ramai juga para para puan
yang suka suki try nak tgk wajah anak diorg mcm mana kan

sambil verangan
sebab period dah seminggu tak datang kan
so apa kata
aku cuba
nak tgk gak
camno ghupa anak den nanti

nak tgk?
mari kita saksikan
aku main taram je nama
sbb bila kosongkan nama
tak bleh nak proses
jadi
aku taram je la nama
haha


 wahahahaha
sumpah aku gelak tergolek golek tgk gambar nie
kenapa baby tue nampak mcm tua?
sedangkan gambar aku dan laki aku muda dari baby itu?
cait!

mari pula kita saksikan gambar kedua

ini pulak anak lelaki
wahahaha
kenapa dia sudah botak?
sedangkan aku belum buat majlis cukur jambul
wahahaha
sumpah lawak!

owhhhh
yang terakhir...

yang nie chumil la sket
tapi kena ko dah besar nak?
bonda sungguh musykil
wahahaha

nie kalau aku bagitau sang suami
pasti tergolek golek dia gelak
tgk bakal anaknya
=p

korang nak try?
ketik di sini

Isteri Incik Fahmi =p

majlis menyambut menantu

 di kelantan kan...
majlis menyambut menantu sangat simple
orang pun tak ramai
kalau di kedah
panggilan tetamu diundang adalah seramai 3000
di kelantan hanya 400 orang

sungguh berbeza!
awal awal dulu
MIL aku dah bagitau
yang kenduri di kelantan mmg simple
aku macam...
"oh ye ke?"
"oooo...hurmmm"
mengiyakan sahaja

tapi laki aku nie ha
sibuk nak pakai dua persalinan
siap nak pintu gerbang
haha
dia plak over

so..pagi sebelum majlis tue
pukul 9 aku dah siap2 nak pergi make up di butik
pukul 10 siap mekap
then gerak terus ke masjid beijing

di rantau panjang
ada satu masjid tau
bentuknya unik
MIL aku pernah tanya biras aku
"agak agak nie ape"
jawapan biras aku
"KUIL"
hahaha
sungguh mengecewakan jawapan itu

kalau orang tak tau
mmg orang akan cakap kuil
tapi aku tau
haha
tau yang itu adalah masjid
senibina dia
umangkaihhhh
fantastic

gambar semua ada pada OP aku
persalinan kami kaler gold dan hitam
lepas bersidang ala ala pengantin terhormat di situ
balik pulak ke butik
dan tukar pakaian seterusnya
sbb dah tak sabar nie nak ke rumah mertua
(over)
haha


aku shuka design bilik nie..simple dan meletop..korang nampak tak kaler ape tue?hijau ok..nie aku guna kamera enset..jadi sila faham =p

nie aku mmg tak ada keje
di kelantan,pengantin kena dok diam diam dalam bilik
dah la aku sorang2
mau meroyan ok
jadi untuk menghilangkan gundah gulana
aku snap gambar sendiri

 sudahlah menjaja dengan 3 keping gambar
nanti aku jajakan lagi eh
=p

Isteri Incik Fahmi =p

Saturday, July 17, 2010

hadiah yang aku dapat

rejeki orang baru kawen mmg murahbila dah berada di alam perkahwinan
baru tau
ada je rejeki
fuh kana
fuh kiri
pasti ada je rejeki
percayalah
=p

time aku kawen
ada banyak hadiah yang aku dapat
masuk rumah sewa
takder bende sangat aku beli
semua hadiah dari kawan2 aku
time kenduri rumah aku hari tue
aku dapat lebih kurang 50 hadiah
itu baru aku punya side

hubby punya side
ada lebih kurang seratus
haha
aku pun macam
"eh..ye ke nie hadiah di kelantan lagi banyak?"
"eh..eh..macam tak percaya!"
sambil tersenyum bangga
sang suami mula menampakkan wajah riak
sbb hadiah di kelantan lagi banyak
cisss
=p


antara hadiah yang kami dapat
-periuk nasi
-microwave-tidak lama lagi akan menyusul ok.haha
-blender
-blender juice
-coffee maker
-cadar ada 7
-sejadah
-kain pelikat
-telekung
-set pisau
-cermin
-frame
-jam besar

hishh..tak larat aku nak list kan satu satu
haha

ini satu sudut-ini aku punya side ok.haha

dan....

setelah membuka semua hadiah hadiah
thanks kepada kawan2 aku yang memberi
hehe

dan ini plak from hubby's side

gila kentang rangup kan..serius banyak..aku pun jadi pelik
haha
tapi sebenarnya
di kelantan mmg trend macam nie
tetamu yang datang
akan bawak hadiah

hish~terasa macam nak glemer skali lagi lah
=p
syiokkk

Isteri Incik Fahmi =p

Thursday, July 15, 2010

cara nak DIY pelamin mini sendiri tanpa banyak duit

aku kan..
suka tau berkongsi rahsia
ramai para B2B yang tengah tergaru sana
tergaru sini
jadi macam...blurrr kejap
ape konsep nak pakai
nak pelamin yang menjimatkan
dengan kos yang sangat sedikit

so
aku ingin berkongsi rahsia
serius menjimatkan
tapi simple aje la
nak very the vogue
kena lah tempah
hihi

pelamin nie idea aku sendiri
malam nikah tue kan
ada khatam quran
jadiknya..
macam tak besh pulak kalo takde pelamin

search dan surf
akhirnya....
jadiklah ini


 kain kaler hitam tue aku beli di kedai kain lah of kos
korang cari je di nagoya ke,kamdar ke sure ade
RM 8 per meter
aku beli dua meter

kain kaler biru,aku beli semeter RM 1.80 sahaja ok
kain dia nipis tapi cantek
mmg kalau dalam kamera canggih
meletopsss noks
tapi nie kamera henset
so macam tak cantik sangat la
haha
kaver sebenarnya


 bunga nie adalah bunga fake
dari aku beli fresh flowers
bek aku beli fake flowers
lebih menjimatkan
satu kotak RM 7

nak tau aku beli kat mana?
semua house ok
dari dalam semua house
ko turun tangga bawah
then belok kanan
kedai tue sebelah watson
jangan tanya nama kedai
sumpah aku tak ingat


 yang nie aku guna paip ok
ayah aku semangat potong potong paip
then aku hias dengan bunga
then aku gantungkan pomander balls
serta burung 6 ekor
pomander balls plak esoknya aku suruh kanak kanak kecil pegang
so berlaku 2 in 1 di situ

akhirnya...

terduduk simpuh membaca al quran kitab mulia
di malam akad nikah

sekian
terima kasih

total kos nak buat pelamin mini tue lebih kurang RM 50
haha
hepi!hepi!


Isteri Incik Fahmi =p

despicable me

hari hari laki aku pigi kelasaku membuntang seharian di rumah
so bila dia balik
harus lah aku ajak kuar malam malam kan
boleh dikatakan seminggu di sini
setiap malam kami keluar
=p
bohsan beb

baru baru nie birthday aku
so sang suami dengan mulianya
hadiahkan broadband
(haruslah aku menadah tangan mengucapkan syukur)
dan dan on9

so semalam
sang suami belikan peti sejuk
hoho
haruslah aku shuka
sebab lepas nie tak perlu dah nak makan makanan tak berkhasiat
seminggu nie menu kami
ikan bilis,sardin dan telur
sayur nan ado
apatah lagi ayam atau ikan
setakat ikan bilis
tak koserrrr aku
haha

lepas aje book peti ais
acu selaku companion time uia dulu
nak bank in duit
suruh beli hadiah kawen
so dia tanya aku nak apa
pk punya pk
owhhhh
rupanya rice cooker blom ada orang bagi
dan dan cakap kat dia

smlm aku laju laju amek rice cooker
kata orang bank in duit belanja kan
haruslah triple happy
tima kasih acu dan suaminya
:)))

sushi plak dah janji nak belikan aku microwave
hari tue dia ada tanya kami
nak hadiah apa
sekali laki aku jawab
microwave satooo!
hah!amek ko
tanya lagi tanya lagi nak ape
sekali aku request hadiah terbaekkk gilak!
haha

sapa sapa lagi mau tanya
aku nak hadiah apa?
seploh tangan aku tadah!
*dengan muka yang sangat serius*
haha

lepas aja soping moping
aku pulak teringin gilak mau makan kek
bukan kek marble ke hape
tapi chocolate indulgence
perghh
terbaek!
nyaman tekak bila makan beb!
lepas aja makan di secret recepi
zasss
menuju ke wayang
laki aku suka tgk wayang
aku nie kureng sket

so aku ikut je la
citer kami malam tadi
DESPICABLE ME
sumpah best!
aku tak tipu
gila babas punya lawak
aku kasi 5 bulan ok ke atas citer tue
perghhh
mmg terbaek!

sumber dari pak cik google

gilak chumil kartun tue
terkekeh kekeh aku gelak
macam orang sasau dalam panggung
laki aku pun sama naik
kalau lah orang dengar gelak aku smlm
sah orang akan cakap
aku tak pernah tgk wayang
haha

korang sila terjah ke pawagam ok
agenda aku malam nie
ke masjid
agenda malam jumaat katanya
=p
lepas baca yasin
aku mau ke pasaraya
beli ayam,ikan,sutun
esok dah leh masak hebat hebat
horay!

tima kasih sang suami
yuhuuu
 
Isteri Incik Fahmi =p

Tuesday, July 13, 2010

akhirnyaaa....aku kembali berblogging semula.haha

sekarang aku berada di bumi bersejarah
mengikut suami di sini
rumah sewa dua tingat dah siap kemas
sumpah tak best bila rumah bertingkat
sbb kan..
kalo malam2 aku akan zikir zikir ke telinga sang suami
teman aku naik atas
haha
takut beb
kalau siang aku tak takut
siap konpiden je naik tangga
ke tingkat atas
haha

len kali sang suami cakap
nak sewa rumah kena setingkat
senang
tak perlu aku nak zikir zikir dulu kat telinga dia
supaya teman aku
pabila daku ketakutan
haha

rumah besar gedabak
tapi barang ilek kosong
apa pun tadak
haha
biasalah
orang baru nak memulakan hidup kan
aku tak kesah pun
tapi aku kesah
kalau tetamu datang
haruslah bersila sampai lengoh sendi kan?

bila hidup macam nie
baru tau erti kehidupan sebenar
bermula dari bawah
dan bila nanti sudah berada di atas
jangan lupa satu masa dulu kita pernah berada di bawah
so..kita lebih menghargai kehidupan sebenar

bagi aku
ok aja
tapi ssang suami la
kesian tengok aku
sipi sipi mahu mati kebosanan
dia pergi kelas
aku macam biasa
melakukan tugas surirumah
sampai kreok kreok bunyi tulang
disebabkan osteporesis
haha

so
sang suami ambil keputusan
beli broadband untuk aku
aku macam...
takder lah teruja sangat
haha
tapi syukur la
sbb sang suami memahami
eceh~

bila ada broadband
harus lah bangun aje tido
siapkan sarapan
salam sang suami
sang suami kiss kiss
tata dari jauh
bila dia dah hilang dlm jelebu
terus aku meloncat naik on PC
dan terus on FB
haha

pukul 12 dapor harus berasap
sbb pukul 1 sang suami habis kelas
fenat ok bila sang suami pulang
bukan merungut
tapi kenyataan
haha
buatkan air
masak
makan

kalau dulu idop bujang
sorgaaaaa
sbb aku nie ada simtom malas
kadang tue sampai tahai maksimum
malas gila nak buat apa
tapi bila dah kawen
harus lah rajin
dan kadang2 overdose pulak rajin tue
haha

tapi enjoy la hidup aku selepas kawen nie
baru tau macam mana susahnya menguruskan rumahtangga
nie belom kerja
kalau dah kerja nanti
perghhh
hanya mahani mengenal manikam
haha

sebab tue dalam islam
setiap kebajikan yang kita buat untuk suami
masyallah banyaknya pahala
nak dapat pahala free
ikhlaskan hati dalam menjaga kebajikan suami
aku pegang ajaran itu sahaja
kalau fenat
baru mintak tolong sang suami
"bang tolong urut kaki"
"bang tolong garu belakang"
hahaha
sang suami tau aku fenat
dan dia turutkan sahaja
bagus bagus

jadi
para isteri sekalian
jom menjaga kebajikan suami
haha
baca dalam nada mcm "jom masuk u"

till then...


Isteri Incik Fahmi =p

Friday, July 9, 2010

honeymoon

selesai sudah memasak
hihi

maka aku teruskan menaip entry
yang rasanya akan panjang
previous entry kan..
aku ada cakap aku pigi hanimun ke bukit merah
tapi...
wet world tue tutup
cilakak!
kenapa tutup hari selasa?
why?why?

setelah memuncung 8 inci
maka sang suami berkata
"kita ke terengganu nak?"
dan...
muncung tadi bertukar senyum simpul
macam bersanding di atas pelamin
ngeee

kami memulakan perjalanan pukul 10
dari rantau panjang ke terengganu
hanya 4 jam
dengan menaiki kereta

bila sampai di sana
baru pukul 1 lebih
so terhegeh hegeh tang mana hotel yang best
tetapi murah
cari punya lah cari
akhirnyaaaa
hotel sri malaysia menjadi pojaan hati kami

serius hotel sri malaysia murah
dan berbaloi
RM 110 semalam
include breakfeast for 2
hoyeh hoyeh
tapi diingatkan
check in pukul 3 petang yer tuan tuan

kami terpaksa tunggu 2 jam untuk check in
so..berjalan sambil berchanda
di pantai batu burok

abaikan model sumpahan itu
wahahaha
hotel sri malaysia kuala terengganu terbaek!

lepas aje check in
berehat kejap
petang tue bersiar siar sbb nak cari memory card
kamera ganas giler
sekali memori kad hilang
apakah?
terbang RM 85 untuk memori kad sahaja

then bersiar siar lagi di pantai ape ntah nama
dua dua perut berkeroncong sambil memainkan lagi siti nurhalija
maka..singgah untuk santap
dua dua model jelmaan di kuala terengganu
sambil menikmati matahari terbenam
kami sempat berposing
wah~
cam lomantik ala ala hero n heroin pakistan gitu
haha


berjalan mencari memori kad dan lepas aja dapat terus snap sana snap sini
puas hati aku sbb mahai sangat benda cinonet tue


ini bilik kami.haha
yang cerita di atas kisah hari pertama ketika berada di sana

ini pula cerita hari kedua

selesai breakfast pagi tue
rehat rehat kejap
dan..sang suami cakap
nak check in di tempat lain plak
maka..

kami memilih resort ini

murah gilak
RM 95 per day
dan termasuk breakfast
wah!
dan dan aku lompat gelek gelek depan laki aku
hehe

lepas aja check in
kami beli marrybrown untuk lunch
sapa cakap marrybrown tak shedap??
sedap weii
serius!
kalo tak caya bek korang test beli

petang tue kami buat nie

berjalan jalan di pinggiran pantai sambil nyanyi lagu negeri terengganu
hahaha
"tipu"

sang suami aku kuruih gila ok
tetapi!
baru baru nie dia timbang
dah naik 3 kilo
haruslah aku loncat hepi
dan sambil smabil loncat
harus lah aku nangis
sbb berat aku pun naik
tapi lebih berkilo kilo darinya
*-*

aku teruja gila dengan gambar ini
di capture oleh kamera kami
syok pulak bila tgk gambar nie
rasa macam...
wah~
over pulak
haha

malam tue kami berjalan jalan lagi
berjalan tanpa arah tujuan
melawat sana sinun

esoknya pulak
pagi pagi bangun 
untuk breakfast
ada nasi dagang
mmg terbaek dari ladang!
aku macam biasa
makan makan makannnnnnn tanpa menghiraukan persekitaran sekeliling
haha

lepas tue kami...

bergambar lagiiiiii

dan....
mandi laut
sumpah tak best
air masin
haha

aku pulak macam takut
kang tengah tengah mandi
tsunami
perghh
dan dan loncat naik ke darat

seterusnya
kami terjun pula ke kolam renang
yang nie aku sampai nangis nangis tak mau naik
hahaha
syok woo mandi kolam renang
beronang ronang dengan sang suami

part yang best
ko tau kan 
kalau dalam air
berat kita akan jadi ringan secara tiba tiba
dan dan aku suruh laki aku dokong aku
kemain syokkk ja dia dokong
sbb kalau aatas darat
harus lah terbalik
aku yang kenang dokong dia
haha
aku kan berat melebihi muatan
=(
hiba secara tiba tiba
haha

heheh
syok ooo mandi kolam renang
kalau lah ada kolam renang di rumah aku
setiap hari aku terjunnn
hehe

overall
percutian aku menyeronokkan
akan ku genggam kemas dalam lipatan
eceh
kira ala ala memori daun pisang la nie
:)

syok pulak kan bila dah kawen
jadi macam...
sukar untuk dinyatakan di sini
hanya sesiapa yang kawen aja yang mengerti

itu sahaja laporan hanimun aku
sekian
terima kasih


Isteri Incik Fahmi =p

Fasa baru

lama aku tak menceceh di sini
FYI,aku baru aje balik kedah 3 hari lepas
naik bus wa cakap lu
dah lama sang suami aku tak naik bas
3 tahun kekdahnya
haha
aku dah macam lali naik bas nie
sblm ada kereta sendiri
bas adalah peneman setia hidup aku
di kala kerinduan mencengkam jiwa
terhadap mak ayah di kampung
*tipu*
haha

aku balik ke kedah sbb nak amek keta kesayangan aku
sejak aku kawen
dah 2 bulan aku tak naik keta tue
sebabnya di kelantan nie
kereta bercambah
so better aku letak di kedah nun
disebabkan aku dah nak memulakan fasa baru dalam kehidupan lepas nie
so
terpaksa bawak jugak kereta itu ke kelantan

surat untuk posting belom dapat
so
menjenuh aku fikir macam mana nak arrange life aku
sang suami berpendapat
cari rumah dulu di melaka
dan hiduplah kami sepasang suami isteri
buat sementara waktu
sebelum aku tau tang mana aku nak posting

dah la tak tau nak posting bulan berapa
dari aku terus membuat pembekuan lemak di rumah
better aku kerja sekejap
laki aku pegi kelas
aku jadi surirumah di hari biasa
tapi hari minggu
aku ngajar tusyen
so ada jugak income untuk keluarga kecil kami
cewah
ayat keluarga kecil tak buleh tahan
hihihi

maka
esok kami pun akan bertolak pada awal pagi
untuk ke melaka
ahad aku dah start kerja
isnin sang suami akan memulakan kelas
barang semua dah packing
banyak gilak
serius banyak

rumah awal awal kami dah cari
RM 300 sebulan
rumah dua tingkat
dan ada 3 bilik
bagi kami murah la
berbanding dengan KL
Melaka banyak rumah
tapi rumah untuk disewakan terhad
so kami grab yang mana ada
dapat lah rumah tue

sebelum kami nak dok di rumah tue
aku dah plan terbaekk
sekiranya aku posting di melaka
syukur syukur
mmg teruskan dok di rumah tue

tapi kalau posting selain dari melaka
tapi masih dlm semenanjung malaysia
aku akan balik seminggu sekali ke rumah tue
so..sang suami akan dok sorang la
sementara nak tunggu aku balik weekend

TETAPI
ayat tetapi musti ada!
sekiranya aku dapat sabah atau sarawak
maka...
(nanges dulu)
kena keluar dari rumah tue dengan kadar segera
dan kami akan homeless
huhu

kena plan lain sekiranya dapat sabah atau sarawak
heh~

aku mahu masak
sang suami membebel pulak suruh tolong di dapur
jawapan aku
"saya yang menurut perintah"
tata

Isteri Incik Fahmi =p

Thursday, July 1, 2010

life after kahwen

kata orang orang tua
"sedangkan lidah lagi tergeget,inikan pula suami isteri"
aku berfalsampah dulu

kalau dulu hidup aku
hayunnnn je memana nak pegi
balik malam
sapa nak kesah
asal bohsan melilau di soping complex
asal bohsan lagi keje part time

TETAPI
life sudah berubah
pergi mana mana
pakaian suami aku utamakan
dendolo suami aku main sebattt je ape nak pakai
tapi sekarang
setiap helaian t shirt aku iron
lepas mandi sembur body spray
pakai perfume
pakai krim muka
pakai jeli kuatkan rambut
memang terbaekkk!!!
hidup sang suami sudah teratur
sapa yang hepi?
aku jugakkk yang hepi sebab sedappp je mata memandang suamiku
eceh!
haha

makanan pulak
aku kan dok dengan mertua
(buat sementara waktu je la)
ada masa aku masak
ada masak biras aku masak
so keja aku adalah
masak serta makan
makan sehingga kenyang
maka badanku umpama belon panas yang sipi sipi nak pecah
kedabommmm
(ayat over)
kih kih kih

tapi serius
baju aku dah 4 helai tak muat
salah sapa?
aku lah jugakkk
sbb sape suruh makan tanpa henti
=p

sang suami pulak
dari kering melidi
ala ala osmen kering
dah jadi gagah perkasa
sebab hapo?
dah naik 2 kilo beb~
dua kiloooo
cubaan yang terbaekkkk!
syabas buat aku sebab berjaya menggemukkan suami aku
owhh~tak lupa jugakkk
menaikkan berat badan aku sama

hal anak?
heh~
aku kan...
ada satu fobia...
serius fobia
aku bukan tak mo anak
tapi aku nie jenis geli geleman
bila tang organ organ dalaman
perghh~
makan dalam beb
ada juga sang suami memerihalkan tentang anak dengan kadar segera
tapi sang isteri fobia
apakah???

aku ada jengok2 jugak tentang website mengandung
beranak
bila aku baca
dan terus membaca
dan tentiba membayangkan diri aku
sumpah ketaqqqqq teruih
nahhh!!!
terkeluar bahasa kedah

camner ah wei korang menghadapi saat saat ditermengandungkan?
sumpah aku takuit!
ngeriiii...

camner ah korang dapat tau korang dah kena buatan sang suami?
buatan tue maksudnya mengandung lol
hehe
eiiii...aku takuit la weih!

lepas nie sang suami dah nak masuk belajar
aku pulak tak tau posting bila
so..
aku amek keputusan
tak mo berpisah ngan sang suami
maka...
aku hayun mencicit ikut dia
so..baru hegeh hegeh nak cari rumah sewa
dalam minggu nie

so..rutin aku akan jadi suri rumah
weekend plak aku kerja
kerja dah ada
so..expenses lain mertua aku loan kan dulu
loan tanpa kadar bunga ok
harus lah aku lompat lompat keriangan
tima kasih ma~
eceh

so hidup kami lepas nie
tak der maknanya kais pagi makan pagi
tak der nak kais kais
harus berjimat
untuk masa depan yang lebih cemerlang
kerja part time itu hanya untuk beli barangan dapur
dan berjoli sikit sikit
(menipu saja berjoli tue)
hehe

alhamdulillah
sapa sapa yang dah kawen
pasti rasa yang rejeki murah
tang mana pun anda duduk
harus ada aje rejeki tue
itulah yang dinamakan nikmat perkahwinan
yang penting doa kepada Allah
semoga ikatan ini kekal sampai bila bila
amin...amin...amiinn..

selepas kawen
rasa jugak yang banyak perubahan yang berlaku
bukan tang perut sahaja makin mencanak naik
tapi...
how to balance ur family
both sides ok!
kalau ada terasa kecil hati atau ape ape
kena berfikiran positif
harus!
aku nie sensitip gak
tapi aku kuatkan iman
ecehh
kemain ko eh puan shalin
kena kuatkan hati la
sbb nak hidupppp lamaaaaa lagi ok
insyallah la kan
kalau Allah tak tarik nikmat hidup

doa aku
semoga kita semua diberi kekuatan iman yang kental
dan dimurahkan rezeki
dan juga...hidup tenang tanpa gangguan lain
insyallah

renung renungkan dan selamat beramal

tima kasih kerna sudi membaca bebelan aku.ahaks

Isteri Incik Fahmi =p

akad nikah

aku telah terjumpa beberapa keping gambar
time aku akad nikah tempohari
setiap hari pasti aku akan belek telek tenung kembali gambar gambar kawen aku
kadang kadang tersenyum sendirian
kalau korang ada sebelah aku
pasti korang akan cakap
"sah gila puan shalin nie"
hahahaha

syok ar wei kawen
sumpah ko akan glemer habis time tue
mata semua memandang tepat ke arah anda
lensa kamera juga tidak henti henti
menghala muncungnya ke arah anda
fuhh~
nyaman dan indah sekali tok
tentiba cakap sarawak
haha



gelagat bakal isteri.hua hua hua


perasaan aku time nie gila berdebar...tapi haruslah control cun melecun.hahaha


saat doa dibacakan..aku gila sebak...lega semua ada lah..

sedihnya time nie tapi lagi sedih bila salam ngan mak aku...rasa tak leh nak cakap apa apa
aku tengok mak aku kemain berjurai air mata
aku lagi lah
gila gila punya sebak

yang berbaju hijau semua keluarga aku..yang kecik ayah aku,yang jubah hijau mak aku dan baju hijau satu lagi,adik aku.hehe.

sedikit terkilan sbb tak ada gambar berdiri yang kukuh dari keluarga kecil aku..time di kelantan pulak,adik aku tak ikut sebab kena denggi.cobaaan...

Isteri Incik Fahmi =p