Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 1, 2012

emir zhafran dah 9 bulan seminggu

orang tetiap bulan update perkembangan anak
aku selang berbulan bulan baru hegeh hegeh

perkembangan anak aku yang bakal doktor nie ialah :
wah macam karangan
hahaha

dah ada gigi 4 batang
dua di bawah
dua kapak di atas
haha
tak percaya?
 tu hah
gigi kapaknya yang di atas
hahaha

suka makan macam macam makanan
bagilah apa pun
nganga je dia tau
pernah sekali hari tu
aku beli puree yang heinz punya
aku tak tau kata puree tue masam
bila aku suap
dia buat muka macam masam
tapi dia telan sampai separuh mangkuk
bila aku rasa
Ya Allahhhh
masam dan dah basi
boleh pulak si cenonet nie makan tanpa menolak
hahahahaah
 nasib baik tadak apa apa

 budak yang suka makan
lepas makan mesti memberak
hahaha
sehari dua tiga kali dia akan memerut
hahaha

dah pandai merangkak
duduk
memanjat
babai
salam
sebut BA..BA..
dan sudah boleh berjalan dua tiga langkah
dah boleh tiru kalau kita buat gaya sesuatu
hasil dari demam selalu
asal nak boleh duduk mesti demam

semalam dia demam lagi
rasanya nak pandai KEKOH atau gigit orang
kalau kita cakap
"zhafran cium onde"
ngappp dia akan gigit menggunakan gigi kekapaknya
bahaya sungguh anak aku
hahahaha

kalau dia tengah main
then kita ambik barang yang dia tengah main
walla
keluar suara komandonya
ko jangan memain
anak aku suaranya kuat
pepagi dah kuat suaranya
takde intro atau mukadimah
terus bingit
hahaha

suka dekat semua orang
tadi g tesko
ada cashier tue cakap
"salam salam"
dihulurnya tangan
bila cashier tue salam
dia akan senyum
tapi bila senyum menempek manja konon konon malu
hahahaha
sebijik macam sifat babanya

dia adalah seorang yang lasak
bangun bangun terus memanjat dinding
pastu cakar babanya yang tengah lena
hahaha
kalo dia bangun
terpaksalah babanya bangun
syabas anakku
at least baba kamu tau time to solat subuh
hahahaha

sudah lah
kang apa apa perkembangan aku update lagi
ok bai
sekian wassalam
hahaha

 Isteri Incik Fahmi =p

suplemen tambahan

aku adalah beranak secara bedah
efeknya ialah aku sentiasa sakit sakit belakang
lenguh sini sana
membuatkan aku terfikir
jauh lagi aku nak beranak kali kedua
serik dan trauma sentiasa menghantui diri ini
eceh

so
masa aku pergi cuci luka bedah di perot hari ke 7 hari tu
doktor kumar sages minum susu atau makan pil kalsium
tapi
aku belom rasa ada kesedaran yang tinggi
so aku cakap
taper hold dulu
(ayat bajet bagus)

habis aja pantang
mak aih ko
terasa betoi diri ni dah tua
sakit sendi urat sana sini macam terpeleot
hahaha

so dengan rela hati
aku memang kena ambik suplemen
nak nak plak
aku memang menyusukan emir
even aku dah topap ngan susu formula
tapi aku still maintain bf
haha

sebagai kesimpulannya
sekarang nie
aku laki aku
memang hari hari akan telan suplemen
 jamu mak dara gold untuk aku
kalsium magnesium untuk aku dari amway
elken spirulina untuk aku dan laki aku
sehari kami telan 10 biji
so beli banyak terus
ngan vitamin C yang elken punya untuk laki aku
flavette tue vitamin C jugak tapi dah habis
so beli sikit sikit dari MIL aku then masukkan dalam botol kaca tu

so far aku ngan laki aku rasa cargas
bertenaga
dan menten
hahahaha


Isteri Incik Fahmi =p

Sunday, May 6, 2012

emir zhafran dah 8 bulan setengah

mak bonda bangun awai hari ni
sebab soalan exam masih belum siap
bapak dan anak masih dibuai mimpi
janganlah si anak bangun awai
kang satu kerja mak bonda tak bleh nak buat

sejak keluar wad hari tue
emir zhafran rupanya nak membesar bagai johan
sekarang nie di doktot pakar tue dah start memanjat
kaki aku selalu jadi mangsa panjatannya
kaki baba dia kan kurus melidi halahai
so dia tak layan
kaki mak bondanya memang tough kan
tu yang dia suka memaut
haha

dia masih berjaga untuk menyusu selama 2 kali
time dia selalu pukul 2.30 pagi dan 5.30 pagi
bila la gamaknya dia tak akan bangun menyusu malam lagi eh?

sekarang tido dah kurang
dia asek nak mainnnn je
nak melasak
turun katil diam diam
sampai sikit lagi nak masuk toilet ko tau
dari tilam dia ke tilam kitaorang
dia dah bleh panjat dengan sekelip mata
baruuu je toleh
dah ada atas tilam kitaorang
how clever he is
:))

tido sekarang jam 11 malam
bangun jam 6 pagi
dah macam orang tua
kalau balik dari sekolah
memang aku super penat giler
since dia demam tempohari
memang aku takkan tinggalkan dia tido sorang sorang
atau main di living room sorang sorang

so asek dok melayan dia
dah jarang aku nak memasak
ye la wei
aku balik sekolah jam 4.30 hingga 5
pastue dok melayan si kenit tue main
makan
mandi
tup tup baba dah terpacul depan pintu
memang pukul 9 tue aku dah kedaung penat ya rabbi

kendian gigi si doktot tue dah ada 2 batang yang comei
hehe
aku baru perasan ada lagi 2 batang akan tumbuh
tapi time BF dia tak pernah gigi aku punya lagi
pastue suka mengetap bibir dan gigi dia
pastu tunjuk aksi geram
heh~

sekarang kalau dia tengah main mainan dia
then kalo kita ambik
huish
mengamuk di doktot kecik tu
suara dia ko tau la
macam komando oh
haha

kalau tengok orang yang dia tak kenal
muka dia macam nak makan orang
hahaha
serius giler siap berkerut kening
tapi sekali dia dah kenal
dah macam kenal lama
siap landing manja atas orang tu
anak anak
haha

sukaaaa sangat makan
ko sumbat lah apa pun
pasti dia nganga tanpa rasa sedikit bersalah
suap bubur semangkuk habis
suap roti secawan habis
memang dia adalah pencinta makanan buat masa ini
haha

yang pasti emir zhafran aku nak jadikan dia doktot pakar
buleh?
baru baru nie anak murid aku nak pergi umrah
ko tau aku punya la eksaited
aku suruh dia doakan si kenit nie supaya jadi doktot pakar
muahahaha
usai solat pun camtu jugak
semangat sungguh mak bonda ni bukan?
muahahaha

budak yang sukaaa makan


Isteri Incik Fahmi =p

Tuesday, May 1, 2012

aku kembali di hari pekerja

blog aku umpama hidup segan
mati tak mau
tuan rumah sangat sebok
dengan urusan kerja tak habis habis
sapa jadi chekgu memang tau kerja macam mana
tak menang tangan nak kejarrrrr

sudah cukuplah sudah
kalau aku bercerita hal kerja
44 hari belum tentu habis
ini pun aku tengah menaip soalan peksa
sambil menaip
aku mengulor kejap
update blog
kang korang ingat tuan rumah dah mati
haha

perkembangan susu ibu

bulan lepas sebulan aku asek berkursus
ko tau la kan
bila bonda yang tabah
menyusukan anak secara penuh
kemudian si bonda
stress
letih lesu
menyebabkan stok susu ilek pocik
so bonda kena berkursus selama 4 hari di kuantan nun
maka,terpaksa topupkan dengan FM
cap enfapro yang sangat mahal
4 hari bonda pulang
dah habis sekotak enfapro si cilik bonda telan
100 gram susu enfapro bersamaan RM 10

sekarang susu aku memang merudum dengan dahsyat
so aku memang kena makan pil untuk merangsang pengeluaran susu
pil tu aku beli farmasi
regenya RM 6.60 sahaja
nama pil tue pil MOTILIUM 10 MG-JASSEN-CILAG
aku beli kat caring pharmacy
memang berkesan wei
kalo ko rasa susu ko kurang
terus makan pil tu
then beberapa jam kendian
susu ko akan banyak

so kesimpulannya
di sekolah memang aku tadak masa langsung dan nak bertapa memerah susu
sebab sekali 15 minit bertapa
baru keluar dalam 1.5 oz
kerja aku gila berlambak yang nak dikejar
jadi
di rumah BS zhafran
memang aku letak FM

balik aje sekolah
zhafran dah kenal tetek bondanya
terus merengek rengek nak isap
hahaha

BS zhafran cakap
dia banyak lebihkan zhafran air masak dan makanan
zhafran sukaaaaa gilaaaa makan
ko sumbat lah apa pun
pasti dinganganya
sama macam aku ketika mengandungkan si montel ini dulu
apa yang ada
semua telan
tak pernah nak memilih makanan
cheeky si doktor pakar
hahaha



Isteri Incik Fahmi =p

Saturday, April 14, 2012

Allah turunkan ujian utk kami sekeluarga

sabtu last week
baba decide nak ke kuala lumpur
sebab biras aku dapat anak yang kedua
so hajat nak melawat ramai orang kat sana

malam sebelum sabtu
zhafran merengek
macam tak selesa
try pegang badan dia
tak panas pun
ingatkan dia gatal rashes dia
so aku pun ambil lah bedak sejuk
letak kat vontot dia
so dia tdo

pagi tue badan dia panas
terus aku mandikan dia
then pakaikan dia pempers aje
melasak macam biasa

tapi kepala dia macam panas
cek termomoter cikai suhu 37
then jelum kepala zhafran ngan air asam jawa
dia tdo

aku pula memasak bubur zhafran kat dapor
tiba tiba
zhafran jadi gigil
terketar ketar badan dia
mulut
badan
muka semua biru
aku terus panik
terus masukkan dia dalam bilik air
tapi disebabkan aku gelabah gile
terus keluar bawak zhafran
dan kol suami
ckp anak macam terkena sawan

terus aku buka gril
sambil tangan terketar ketar
panggil jiran sebelah
terus dia lariiiii
suruh aku masuk dalam bilik air
dia ambilkan ais
dan letak kepala zhafran dengan ais
dan letakkan dia bawah paip

beberapa saat selepas tue
zhafran sedar
Allahhhhhh
bertapa aku panik dan terketar ketar time tue

bila dia sedar
dia jadi gigil
terus jiran aku selimutkan dia
then bagi dia minum air masak
sebab aku nak bf dia tak mampu nak buka mulut lagi time tue
kejap lepas tue
baba sampai
zassss terus ke hospital pantai
sepanjang perjalanan
tak henti henti aku kejutkan dia
bagi dia sedar
dan bf zhafran
supaya dia tak tarik lagi

sampai aja di hospital
cek suhu 37.4
konpom aku punya termomoter dah gelong!
then nurse cakap
baik kita admit ward
so aku pun setuju
sebab zhafran ada medical card
so no hal

then si kenit tue kena cucuk ambil darah
dan cucuk nak masuk air
dia punya meraung kuat kemain
tapi aku kena kuat
aku think positif
biar dia nangis sebab nak sihatkan dia
setengah jam lepas tue
dia kuar tapi dah tdo
letih sangat menangis

bila doktor check
dia punya sel darah putih tinggiiii
sebab ada kuman
malam tue baru aku rasa mulut dia panas
badan pun panas
rupanya dia panas dalam
bila dah makan ubat demam
makan antibiotik
baru lega

3 hari 2 malam kitaorg berkampung di ward
perasaan aku sangatlah sedih
zhafran tak pernah demam sebelum nie
ubat pun aku jarang bagi kat dia
so
lepas nie doktor cakap
kalau badan dia panas
terus bagi makan ubat
takut kejadian yang sama akan berulang

hari hari bila aku teringat kejadian last week
aku rasa sebak sangat
aku memang tak alert dengan benda benda begini
harap sangat tak akan berulang lagi

 walaupun badannya masih tak sihat
dia sememangnya anak yang aktif
berpusing sana sini
Allah tengah menguji kami
sama ada kami kuat atau tidak
jadi
apa yang kami lakukan
berdoa dan terus berdoa
supaya kami diberikan kekuatan yang luar biasa
untuk membesarkan anak

bila jadi macam nie
aku terfikir 2 juta kali
takut nak beranak lagi
aku takut sangat kalau anak sakit

tapi kawan aku selaku ostajah
sentiasa berpesan
ada lagi orang yang lebih teruk diuji
jadi
aku terus insaf
:p

 pesanan aku
walaupun badan anak anda dedar dedar
sila bagi dia makan ubat
sentiasa basahkan badan dia
biar dia selsema dek dijelum air
daripada jadi benda yang tidak diingini

semoga zhafran akan sihat selalu
doakan zhafran yer


Isteri Incik Fahmi =p

Friday, April 6, 2012

beralih arah

 anak aku dah nak masuk 8 bulan
dia punya lasak kemain hebat sekarang nie
kalau tdo buas gile
malam malam dia tido cun ajer
bangun pagi dah melintang posisi dia
dulu zhafran memang tido dalam baby cot
tetapi
sejak dia melasak
dia dah tanak tdo dalam baby cot dah
pernah jugak kitoarang share tilam tiga beranak
akibatnya
separuh tilam tue memang space untuk dia
separuh lagi
baba ngan bonda kena berhimpit

paling kelakar
baba sampai jatuh katil
sebab sempit sangat
haha

so
kami decide
katil kami kena letak dalam bilik tetamu yang kedua
kami tdo di bawah ajer sekarang
then kena beli tilam baru
khas untuk zhafran
hasilnya....

tema adalah katak
sebab apa katak
sebab cute
comforter untuk lapik atas tilam bujang zhafran
nak bagi sama katanya
:p


Isteri Incik Fahmi =p

Thursday, April 5, 2012

testing guna galaxy tab.hahaha

disebabkan laptop aku yg comel dah dikebas pencuri malang 
maka aku adalah patah kaki nak buat kerja yg banyak di sekolah
so aku telah decide nak beli laptop baru sebab nak buat keje keje di sekolah
tetapi
baba telah decide supaya aku beli galaxy tab
aku yg betuk dan bentul beli lah benda alah ni
bila nak buat keje
aku pun tanya baba
"kenapa takde tempat nak cocok usb?"
bodo kan aku?
hahahaha
"kenapa takde microsft office ni?"
soalan yang bodoh lagi
hahaha

maka aku sangat menyesal beli galaxy tab ini sebab tak selesa sangat nak guna bendaalah nie untuk buat keje
coiii sungguh la
salahkan baba sebab tak cakap awai awai apake fubgsi benda alah canggih ni

menaip plak main touch touch aje
ape semua ini?
hahahahaha