Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 25, 2014

kenangan mengusik jiwa

 bismillahirahmanirahim

sekian lama setelah berbulan bulan tak update blog
rasa rindu menerpa ke sukma
eceh
dengan tajuk post aku dah cam tajuk siri upin ipin
hahaha

lama sungguh aku tidak menaip apa apa di blog
bukan apa
bila nak taip guna henset leceh bebenar
so ni dah ada ada laptop pinjaman adik ipar aku
dengan line internet yang agak laju sikit dari siput
dapatlah update sepatah dua kata
haha

bukan apa
aku tengah menanda PT3 sejarah
bila baca esei yang budak tulis
terus jadi stress
bila ajar faham
bila tulis lain jadiknya
maka baik aku berehat kejap dengan melepaskan segala kerinduan yang amat mendalam ke atas blog ini
hue hue hue

sebelum tu sambil rehat ni sambil tengok balik gambar kawen yang lama
rasa nak marah
sebab kenapa dulu aku kurus sangat?
hahahaha
ini memang betul betul tidak adil
 kalau dulu aku bak pokok pinang yang ramping
sekarang bagai pokok mangga yang maha rendang
hahahah


ni masa lepas beranakkan emir zhafran
makin zhafran besar
tumbesaran aku pun turut mengiringi tumbesaran anak aku
hahaha

tapi takpa
selagi laki aku tak cakap
sila kuruskan badan
aku maintain ja camni
hahahah

hidup aku sekarang macam biasa
macam pasangan yang berumahtangga yang lain
pejam celik pejam celik dah empat tahun kawen
dan sepuluh tahun dah kenal ngan suami aku yang tinggi lampai itu
kawan kawan aku kebanyakan anak dah dua
dan ada jugak yang kawen sama tahun ngan aku
tapi anak dah tiga
memang aku tak dapat nak kejar
haha

insyallah memang plan nak menambah ahli keluarga tahun ini
pil semua dah stop
ada rezeki kami menadah tangan bersyukur
nama semua dah ada
jangan mainmain
bab bab nama ni aku memang eksaited
hahahahha

sekian sahaja untuk entry kali ni
banyak lagi entry akan menyusul lagi
catatan kali ni hanya nak habaq yang aku masih berblogging
hahaha

sekian
tata

Isteri Incik Fahmi =p

Saturday, September 7, 2013

ulangtahun ke sembilan tahun 2013

i start kenal hasben pada tarikh 20 08 04
lama khen?
pastu bercintan cintun sampai asek asek gaduh
silap sikit gaduh
dah gaduh tuduh dia ada fomfuan lain
hahaha
dah gaduh off henfon
dah gaduh dia kol buat buat macam tak kenai
haha

dah gaduh mintak break
selang 3 bulan sambung balik
kerja gila
aku mintak break
aku hegeh hegeh mintak sambung
hahahah

giler ko
6 tahun bercinta
kalau tak gaduh tu memang dasar gila
hahahah
gaduh baru ok
orang kata tempoh penyesuaian gitu

bila dah lamaaaa nak mampos kapel
feeeling cintan cintun
maka berlakulah pertunangan
pada hari raya ke 3
tahun 2009
merasalah kejap jadi tunangan orang dari bulan 9 hingga bulan 6
dah bila jadi tunang orang
kena lah jaga adab serta berpekerti mulia
hahaha
pastu sambung balik gaduh
tapi tak sekerap masa kapel
hahaha
sekali gaduh siap nak tanggalkan cincin
haha
isunya sbb nak g kursus kawen
aku dah ckp nak g kursus kawen kat kl
yang dia beria ria nak g kursus kat tg malim je
owh~masa tu aku kat upsi
sambung diploma pendidkan
hasben plak kat bukit beruntung
time tu tgh praktikal

akhirnya aku nakkkk gak ke kl
bila g kursus tu
dah habis kursus
boleh pulak laki aku cakap
"rasa nak g lagi sekali la kursus kawen ni"
demmmm
ko tengok ko tengok
bertapa besnya kursus kawen kat situ
tapi mahaplah aku dah lupa nama syarikat kursus kawen tu
yang aku ingat lokasinya kat bangsar
haha


kenangan siot
kenangan ketika aku kurus
sekarang osah ko tanya
ada jugak yang kena belasah sama aku
hahahah

bila dah kawen
rasa syok sangat
hahaha
feeling perantin
huiiii
indahnya hari hariku pada setiap hari
cewah
haha


yang ni feeling macam artis
hahaha

dan pada 28 08 2013 hari tu
genaplah kisah percintaan kami yang ke 9
6 tahun bercinta
3 tahun kawin
yang sangat bahagia
alhamdulillah
semoga ikatan perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke syurga
doakan kami
petua?
tadak petua.giler ko aku baru 3 tahun kawen nak kasi petua pung pang pung pang
hahahaha



ni gambar aku dan suami yang terkini
beraya di kelantan
bertemakan hijauuuuuu inikallah
hahahah

sekian sahaja
buat baba
terima kasih kerana menjadi suami yang bertanggungjawab
yang tau bininya suka beli baju
kalau beli satu mesti baba akan dapat satu
kalau kaler hijau makanya baju baba pun akan kaler hijau
sampai dia dah faham
kalau nak keluar ke mana mana
dia akan tanya
hari ni pakai baju kaler apa
hahaha

buat baba
terima kasih atas segalanya
gaji baba habis sebab bonda ambil sikit buat soping
hahaha
dah nak buat camna
dapat bini kaki soping
nak nak plak dah hobi dari kecik bershopping
hahahaha


Isteri Incik Fahmi =p

persiapan memasuki rumah baru

nak masuk rumah baru bukan mudah okay
bukan mudah
bukan hanya pegi amek kunci dan terus masuk
no no no
apa yang perlu anda semua ada adalah duit
sebab ko kene pasang grille
ko kene buat wiring
ko kene cat (optional)
dan banyak lagi

aku memang awal awal lagi memang bajet 50 k untuk habiskan dan lontarkan kos nak renovate rumah
tapi percayalah nanti ko akan overbudget
sebabnya
las las tu lah nak pasang besi gantung baju
last last tu lah nak sambung wire TNB
dan las las tu jugak itu tak cukup ini tak cukup
dan total kos renovate rumah kecik aku ni adalah hampir mencecah RM 70 k
tak percaya?
ko try lah beli rumah
hahahaha

bagi aku kalau 70 k tu memang boleh settle hutang kereta persona buruk aku tu
pastu boleh p europe jalang jalang
hahaha
tapi rumah is a prirority
sebab apa
sebab kami laki bini mempunyai minat dan taste yang sama
dalam mendekorate rumah
itu yang bajet melampau lampau

kejap nak autogate
kejap nak alarm
kejap nak cat kaler kaler
kejap nak wallpaper
kejap nak lampu ala ala hotel patploh bintang
hasilnya habis duit
hahahaha

tak pe lah
yang penting keselesaaan itu penting
yang nak duduk adalah kami
so bile rumah cantik baru syok
cewah
hahaha


satu lagi kalau nak renovate rumah
ko memang kene survey itu ini itu ini
masa ko akan habis banyak untuk rumah
aku kengkadang terpaksa kuar kejap dari sekolah
pecut kereta untuk smp ke rumah sebab orang nak hantar quotation
laki aku nun jauh tempat bekerja dari rumah
mangsanya adalah aku sebab dekat nau sekolah ngan rumah
hanya 5 menet
5 menet okay!
haha

dalam pada kami berhati hati kami juga ditipu okay
ko jangan ingat aku yang cerewet nak mampos ni tak kene tipu
ya kena tipu dan kami mengalami kerugian hampir 2 ribu
sedih tapi nak buat camna
salah aku juga sebab terlalu percayakan orang
atau terlalu gelojoh confirmkan
tapi kepada korang yg nak renovate rumah
survey bebetul kontraktor
jangan ko hentam keromo ambik kontraktor kampung
kang jadi cam aku
nak murah punya pasai
melayang dua reboooooo
suppose duit tu dah boleh beli katil king aku yang besar
siap bertatahkan berlian putih bersinar sinar menerangi kamar tidurku yang romantik itu
tapi apakan daya
sob sob sob

sesambil survey kontraktor.orang wiring sesambil tu ko dah boleh stat beli kipas lipas
water heater
ekon
tibi
steamer iron (ni aku yang gedik) at last haremmmm tak pakai pun.dok atas lemari baju.haha
beli lampu
segala mak nenek lagi lah yang ko rasa ianya sangat diperlukan untuk rumah baru korang nanti
total cost untuk semua barang2 ni ada dalam 4000 kot


yang ni aku yang gedik
siap bergolek golek dalam kedai rekues kat laki nakkkk gak yang ni
hahaha.ok aku tipu.aku tak bergolek tapi menggoda laki sebab bak dapor yang ala ala orang kaya atau ala ala artis
maklumlah cita cita dulu nak jadi artis tapi kena rejek sbb sora cam katak puru
ok aku dah over.hahahaha
aku beli set rubine dengan harga RM 1350 sebab masa tu kedai tu buat promosi besar besaran
now set dapur ni dah siap sekali ngan kitchen cabinet
TAPIIIII
sampai sekarang aku lom masak guna dapor ini
hahahaha
laki aku cakap
buat ja la perhiasan dapur cantik awak tu
makang dalang ok makan dalang
hahahah


sebab apa aku tak masak guna dapor artis tu
sebab ni ha dapur kecilku di belakang
ko tengok je cenonet dapur ni tapi total cost nak renovate adalah RM 3500
sebab kontraktor yg buat ni tak siapkan kabinet yang aku nak
dia tinggal camni ja
jadi aku terpaksa upah orang lain untuk siapkan kerja dia
then upah lagi orang kabinet siapkan kabinet aku
sedih oh
tapi apa boleh buat
semoga Allah membuka hatinya supaya tidak terus menipu orang
haish
sakit hati mak
tapi sobar sobar

jadi kat sudut ni lah aku menggunakan dapur biasa hadiah kawen dulu
di sini jugalah tempat letaknya mesin basuh
ruang yg sgt terhad tapi cukuplah aku sorang yang nak bertenggek masak seekor diri di ruang ini
kalau laki aku masak memang boleh jadi dunia akan terbalik
sebab dia mmg tak pernah masak
hahaha

ok.cukup catatan buat kali ini
nanti aku buat huraian terperinci tentang rumah kecik aku ni
sekian
salam hormat dari aku yang dah lama tak berblog
hahaha



Isteri Incik Fahmi =p

Tuesday, April 23, 2013

setelah berbulan bulan akhirnya aku kembali berblog semula.

dah lamaaaa gila aku tak menaip sepatah entry
nak kata bz memang la
nak kata tak bizi kadang kadang aje
nak kata malas sememangnya la
haha

perkembangan aku
dah semakin membulat
lepas aje stop bf emir zhafran
badanku bagai mak gajah yang sedang membesar bagai johan
haha
berdepot ko tau
semua orang tegur
sob sob sob

perkembangan baba fahmi
still kurus dari awal perchentaan sehingga anak dah besar panjang
hahaha
heran aku
berat baba tak naik naik
hari hari bagi makan
hari hari kasi supplemen
tapi tak naik naik
tsk tsk tsk

perkembangan emir zhafran
uish
si cilik itu sudah banyak vocab
kadang2 bahasa parsi pun dia campur adukkan
hahaha
best melayan karenah dia
tapi kalau keluar ke mana mana
feelnya nak berjalan dan berlari aja
sampai satu hari kat jasko
dia hilang dari pandangan kitaorg
giler ko
rasa nak tercabut jantung aku
babanya tengah pilih donut j co
tetiba aje zhafran hilang
giler cuak kitaorg
sekali rupanya dia masuk dok membuas dalam kedai donut tu
perghhh
bila aku kejar dia
siap lari sambil ketawa terkekeh kekeh
aduhai anak

perkembangan rumah
aku dah beli rumah
tapi idoklah banglo
teres cikai biasa aje
tapi aku ambek corner lot
nasib baik rumah tu aku mampu milik
harga 192 000
stat tahun depan memang muflis la aku
rumah dah tolak seribu sebulan
gile ko
hahahaha
tapi tak pe
aset itu penting

rumah yang dah siap tapi CF lom dapat.tak sobar nak masuk dan decorate rumah dgn hebat dan dasat.hahahah


cukup lah muqoddimah buat setakat ini
lain hari kita bertemu lagi
hahahah

Isteri Incik Fahmi =p

Sunday, November 18, 2012

melancong ke Beijing,kenapa tak bawak anak?

yes yes
right now aku tengah menunggu untuk key in markah PBS budak
tapi server adalah 'cepat" sangat
so dari aku dok menunggu tak tau bila dapat masuk
baik aku coretkan sepatah dua kata
ewah

khamis hari tue aku baru pulang dari Beijing,China
cocoiquacincicu
eh silap tertaip cina pulak
hahahaha
sebelum ke Beijing haruslah aku memekak di FB dulu
nak pakai inai supaya nampak macam pengantin baru lah
nak bawak itu
nak macam ini
macam macam lah
selagi aku tak pergi
selagi tue orang berpinar mata dok tengok status aku di wall
hahaha

melancong ke Beijing adalah BEST
nak kata BEST giler tue takder la
tapi BEST tue memang ada
bagi aku yang tak pernah merasa camna hidup dalam keadaan sejuk
memang teruja lah sangat
bila dah sampai
dah rasa camna sejuk
hari hari bercakap keluar asap
perghhh
rasa macam tak percaya
akhirnya sampai juga aku ke Beijing
alhamdulillah

ramai yang dok tanya kenapa tak bawak anak?
kenapa?
everyone keep asking me the same question okay
mari sini aku nyatakan dengan jelas kenapa dan mengapa
semoga memberi manfaat kepada diri aku
ewah ewah

1)anak aku tidak seperti anak anak anda okay!dia pernah demam dan pernah masuk wad 3 hari sebab sawan.sekiranya aku bawak dia ke Beijing,kalaulah ditakdirkan dia demam,sapa yang susah hati?aku jugak!orang senang menilai tapi yang nak hadapi adalah aku bukan?sejak dia di rumah pengasuh yang lama selang dua minggu demam dan demam dan terusss demam.aku dah jadi fobia.sapa yang memahami perasaan aku memang dia hebat.alhamdulillah sejak aku tukar pengasuh yang baru anak aku jarang sekali nak demam.tapi aku masih trauma masa dia kena sawan time dia 7 bulan.hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya aku rasa ketika itu.Allahhhh!!

2)pernah aku bawak dia ke genting highlands.balik hari pergi kejap aje.bila balik dia dijangkiti penyakit HAND,FOOT and MOUTH disease.doktor cakap virus nie selalu cepat bertindak jika dalam keadaan sejuk.maksud aku air cond ke cuaca sejuk ke?sapa yang akan hadap semua ini melainkan aku aku dan aku lagi?orang senang bercakap dan bertanya tapi perasaan aku sapa yang tahu bukan?

3)suhu di Beijing ketika aku pergi ialah 3-6 celcius.sedangkan kita yang dewasa pun rasa sejuk nak mampos apatah lagi kanak kanak yang baru berumur setahun 3 bulan?ada juga yang bawak anak anak ke sana dan apa yang aku dapati kesian bila tengok baby kecik yang merah merah muka,mungkin sebab sejuk kot.sebab tue kami awal awal decide nak ke obersea anak mesti tinggal.

4)masa untuk bersama suami isteri.seperti yang ada sedia maklum,aku mmg la cikgu tapi kerja cikgu adalah banyakkkk.suami aku pulak pukul 7 baru sampai rumah.jadi masa berkualiti kami suami isteri sangatlah terhad.jadi setahun sekali selama tidak lebih dari 6 hari,apalah salahnya kami berdua menghabiskan masa yang berkualiti untuk kami berdua.

5)faktor cuaca dan suhu.negara negara lain tak sama iklim macam kita.sedangkan kita yang dewasa nie pun balik aje luar negara akan pening2 lalat,selesema lah,cirit birit lah inikan pula anak kecil.

inilah 5 faktor kenapa aku tidak membawa anak aku ke luar negara.
aku idaklah mak yang kejam
tapi ada banyak keburukan dari kebaikan sekiranya aku bawak anak ke luar negara
korang punya pendapat tak tau lah sama ke idak dengan aku
tapi aku punya pendapat seperti yang di atas lah

ada yang tanya
tak rindu anak ka?
aku kalau dah boleh shoping memang aku dah lupa yang aku warganegara malaysia
hahahaha
tapi suami aku hari hari mengadap gambar anak dia
aku?
kontrol emosi lah
alah 4,5 hari je tinggal
bukan pergi berperang pun
pergi melancong aje

yang anak aku pun satu hal
kot lah nak cari kitaorg ke dalam bilik sejak kitaorg takde
langsung tak cari okay
bila kitaorg balik dan sampai rumah
baru dia tau yang kitaorg mmg takde di rumah tue sejak beberapa hari
hahahaha
bagus emir
bulan 3 emir kena tinggai lagi okay
mak apaknya nak ke medan puloq
hahahaha

cukuplah sampai di sini sahaja
beberapa keping gambar di bejing buat tatapan anda
cewahhh
 dekat summer palace.semua tinggai anak kat malaysia ok.yang baju putih tu aje anak dalam perut
 teruja mula mula sampai di airport
 dekat summer palace lagi
 siti nurhalija.eh silap,aku adalah sorang peminat siti nurhalija.hahaha
aku,baba dan adik ipar

 sekian terima kasih

Isteri Incik Fahmi =p

Sunday, November 4, 2012

ku simpulkan semua cerita sepanjang tahun ini.

aku tengok ramai bloggers yang dah kurang update skrang
sama jugak macam aku
hehe

jadi untuk mengakhiri tahun 2012
aku simpulkan cerita menjadi satu entry
supaya senang aku nak flashback kembali
dan untuk bacaan kamu yang masih klik page saya
ewah~

januari-september
masih menyusukan badan kepada emir zhfaran
sekarang bila kita selak nak bagi susu
dia akan tutup balik
pastu geleng kepala
sebab susu dah tak banyak
pandai sungguh budak itu
haha

perangainya kadangkala membuatkan aku rasa nak kutey
sebab kalau di rumah pengasuh bukan main baik anak mak ni
balik rumah dia punya tantrum walawei kemain hebat
tak kena sikit merajuk
tak pun digigitnya aku
tak pun menjerit jerit macam orang kena dera
kalau di rumah pengasuh
nak dengar suara menangis pun payah

aku dah tukar pengasuh
Alhamdulillah
pengasuh sekarang berganda ganda baik
anak aku siap tanak balik rumah
dekat sejam jugak dok pujuk supaya balik rumah
digelengnya kepala
pastu siap menyorok dalam bilik
haha
bila di rumah dia mula tunjuk muka bohsan
sebab takde kawan nak main
haha

baba dah gedik gedik nak bagi zhafran adik
aku?
buat buat tak paham
pastu panjang berjela huraian aku bagi
hahaha
tak nak lagi la nok
masih belum ready
nie kes zhafran asek sangat demam dulu dulu
masa ngan pengasuh lama
kejap demam
sampailah masuk hospital
so aku mmg trauma yang maha dasat
kalau anak sakit
especially demam
memangggg aku akan trauma gila gila
sebab tu aku rasa aku mmg tak dapat nak mengandung buat masa ini
kerana ish
camna eh nak explain
ada tak sesapa yang faham dengan situasi yang aku alami skrang

zhafran sekarang aku kasi makan scott emulsion
anak aku jarang sangat kene selesema
alhamdulillah
tapi demam dulu selalu sangat
skrang dah jarang
alhamdulillah

kemudian selera zhafran adalah macam orang tua
segala mak nenek benda semua dia akan makan
kata orang
"pantang jumpa makanan"
sure dia ngappp
alhamdulillah

dah pandai macam macam
pantang kita buat
dia akan tiru
terbaru yang paling lawok aku rasa
dia tengah syok dok main
kemudian aku cuit belakang dia
pastu dia buat bunyi "ish"
alah macam korang kalau tengah kusyuk buat kerja
pastu orang ganggu
mesti korang akan buat bunyi kan
bila dia keluar bunyi tu
gegak gempita aku laki bini ketawa
memang lucu

dah pandai sebuat banyak perkataan
yang paling lawok
ball
ball kan bola
buah mangga bentuk bulat dia sebut ball
segala yang bentuk bulat tak kira benda atau makanan
mesti benda tu adalah ball

sama jugak macam kucing
nampak lembu nyaw
nampak ayam pun bunyi nyaw
latest aku p tesko ngan dia
nak beli ikan
dia tengok ikan pun dia sebuat nyaw
hahaha

tak nak
nak
dah pandai sebut
eh banyak jugak lah vocab anak aku skrang
membebel pun dah pandai
tapi dalam bahasa dia la
baba dah pandai panggil
bonda?
dah tapi sekali je aku penah dengar dia sebut NDAAA gtu
pastu dah tak dengar
haha

kalau baba balik dari kerja
dengar kereta baba
dia akan berlari ke grill
sebut baba
bila baba masuk rumah
dia akan cium baba
sangat cleverlah dia!
puji anak sendiri hoi hoi
hahaha

dah pandai salam
babai
dan buat muah muah
dah pandai cari aku ngan baba satu rumah
kalau kitaorg main sembunyi sembunyi
hahahah
lawok rasa

sekarang makanan zhafran mmg aku beli semuaaaaa yang organic
biarlah mahal
untuk anak yang bakal menjadi doktor kan
kena lah usaha dari sekarang
(ahlamak ober sudah)
haha
pemakanan dia memanggggg aku sangat jaga
buah sayur oat biskut yogurt semua aku sediakan
seawal jam 5 pagi ok
5 pagi
aku rasa sangatlah ralat kalau tak dapat sediakan makanan anak ke rumah pengasuh
ye la
cer ko bayangkan
anak aku dah la lama dok kat rumah pengasuh
masa ngan kitorg dia spend sangatlah minimun
so air tangan aku aja la
pengubat rindu dendam
eh apa aku melalut ni
hahahahah

zhafran minum susu ENFAGROW A +
susu tue memang bagus aku rasa
mmg sel sel anak aku berhubung dengan hebat
haha
dulu aku penah try anmum
tapi bila umur dia setahun
dia cirit birit pulak
so kena la up susu yang mahal
mula mula baba try susu dutch lady
pastu dia macam kembung
bila tok wan zhafran dapat tau kitaorg bagi susu murah untuk cucu kesyangan dia
membebel la orang tua tu
hahahaha
akhirnya kita kasi susu mahal
alhamdulillah
progress dia memang ok
sebab jiran aku yang dok depan rumah aku ni
anak dia sama umur ngan zhafran
tapi nampak zhafran aktif dari budak tu
yang aku boleh perasan
bila zhafran main ngan dia
nampak zhafran lebih aktif
aku idaklah cakap anak aku hebat sangat
tapi so far nampak la perkembangan anak aku sesuai ngan umurnya
gtu la kekdahnya

so far itu sajalah
apa apa aku hapdate lagi
besala kan
anak sulung memang mak eksaited lebih
orang kedah kata
cewi sikit
hahaha

aku nak ke beijing nie next week
hanimun buat kali ke 2
bukan untuk memproses adik zhafran tau
hahahahah

Isteri Incik Fahmi =p

Tuesday, October 9, 2012

kembali berblogging

assalamualaikum
lama gila kot aku menyepi
haha
biasalah nak bajet retis tapi tak jadi
haha
kisahnya sebab aku punya PC kat rumah lah
baba fahmi tak pasang
satu pc aku dah bawak ke sekolah
so pc yang terbiar nie
tak dipasang kompenen kompenen nya
baba fahmi bizi sokmo

life aku sekarang ok aja
emir zhafran dah jarang sangat demam
last dia demam injek setahun hari tue
sekarang aku dah tukar babysitter zhafran
alhamdulillah
kali nie babysitter dia sangat berganda ok
alhamdulillah
Allah permudahkan jalan

aku memang balik lambat boleh dikatakan setiap hari
tak payah nak cakap lah kenapa
kang aku sakit hati
sapa yang cakap kerja cikgu nie senang
mai lah try jadi cikgu seminggu
hahaha

so bila aku ambik zhafran
BS dia dah siap mandikan dia
dah minum susu
dah pakai wewangi
dan pakai baju tidur
dan pampers pun dah ditukar
makan ko tak payah nak cakap lah
3 atau 5 kali sehari
nak nak plak
awang kenit tue mmg sukaaaa makan
so apa yang dibagi
ditelannya sahaja
haha
alhamdulillah
syukur sangat

kalau nak dibandingkan dengan dulu
zhafran selalu sangat demam
boleh dikatakan sebulan tue adalah dua bulan
sampai aku naik trauma anak demam
sekarang mmg aku disiplinkan anak aku
hari hari WAJIB sayur dan buah
pepagi sebelum hantar ke BS
WAJIB makan spirulina sebijik
si kenit tue plak kunyah macam makan epal aja spirulina tu
haha

bila petang
WAJIB makan scott emulsion kaler putih
bila aku mau
Ya Allah
hanyir okeh
tapi si kenit tue sukaaaa sangat
hahaha
alhamdulillah
semoga anak aku berkemban pesat,sehat dan bijak seperti aku
kah kah kah

progress zhafran
dah boleh berjalan taktala umur 10 bulan setengah
sekarang dah banyak bercakap
memang sebutir sebutir perkataan yang keluar
antaranya
BALL-belon pun BALL.buah mangga bulat atas tembok rumah pun BALL
asaikan benda bulat semua ball.clever zhafran!haha
NYAW-kucing.tgh tgh tidur bila kucing bunyi,dia pun ikut sama.aku ingatkan dia mengigau.haha
BABA-refer to babanya yang kurus itu.haha
ABAH-babysitternya.fesyen anak aku mmg tak suka sangat kat pompuan.tidakkah kau pelik.haha.first time hantar ke rumah BS,dia nak berkepittt aja ngan ABAHnya.sekarang kalau lalu aja kat jalan nak menuju ke rumah BS,dia akan sebut abah
NAK,TAK NAK,APA?
macam macam lagi lah.
yang pastinya vocab dia bertambah hari ke hari

cukuplah setakat ini
nanti aku hapdatekan perkembangan baru
sambut besday zhafran raya hari tu
gambar berkepuk dalam kamera
mak bonda bzi bebenau

Isteri Incik Fahmi =p