Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 18, 2012

melancong ke Beijing,kenapa tak bawak anak?

yes yes
right now aku tengah menunggu untuk key in markah PBS budak
tapi server adalah 'cepat" sangat
so dari aku dok menunggu tak tau bila dapat masuk
baik aku coretkan sepatah dua kata
ewah

khamis hari tue aku baru pulang dari Beijing,China
cocoiquacincicu
eh silap tertaip cina pulak
hahahaha
sebelum ke Beijing haruslah aku memekak di FB dulu
nak pakai inai supaya nampak macam pengantin baru lah
nak bawak itu
nak macam ini
macam macam lah
selagi aku tak pergi
selagi tue orang berpinar mata dok tengok status aku di wall
hahaha

melancong ke Beijing adalah BEST
nak kata BEST giler tue takder la
tapi BEST tue memang ada
bagi aku yang tak pernah merasa camna hidup dalam keadaan sejuk
memang teruja lah sangat
bila dah sampai
dah rasa camna sejuk
hari hari bercakap keluar asap
perghhh
rasa macam tak percaya
akhirnya sampai juga aku ke Beijing
alhamdulillah

ramai yang dok tanya kenapa tak bawak anak?
kenapa?
everyone keep asking me the same question okay
mari sini aku nyatakan dengan jelas kenapa dan mengapa
semoga memberi manfaat kepada diri aku
ewah ewah

1)anak aku tidak seperti anak anak anda okay!dia pernah demam dan pernah masuk wad 3 hari sebab sawan.sekiranya aku bawak dia ke Beijing,kalaulah ditakdirkan dia demam,sapa yang susah hati?aku jugak!orang senang menilai tapi yang nak hadapi adalah aku bukan?sejak dia di rumah pengasuh yang lama selang dua minggu demam dan demam dan terusss demam.aku dah jadi fobia.sapa yang memahami perasaan aku memang dia hebat.alhamdulillah sejak aku tukar pengasuh yang baru anak aku jarang sekali nak demam.tapi aku masih trauma masa dia kena sawan time dia 7 bulan.hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya aku rasa ketika itu.Allahhhh!!

2)pernah aku bawak dia ke genting highlands.balik hari pergi kejap aje.bila balik dia dijangkiti penyakit HAND,FOOT and MOUTH disease.doktor cakap virus nie selalu cepat bertindak jika dalam keadaan sejuk.maksud aku air cond ke cuaca sejuk ke?sapa yang akan hadap semua ini melainkan aku aku dan aku lagi?orang senang bercakap dan bertanya tapi perasaan aku sapa yang tahu bukan?

3)suhu di Beijing ketika aku pergi ialah 3-6 celcius.sedangkan kita yang dewasa pun rasa sejuk nak mampos apatah lagi kanak kanak yang baru berumur setahun 3 bulan?ada juga yang bawak anak anak ke sana dan apa yang aku dapati kesian bila tengok baby kecik yang merah merah muka,mungkin sebab sejuk kot.sebab tue kami awal awal decide nak ke obersea anak mesti tinggal.

4)masa untuk bersama suami isteri.seperti yang ada sedia maklum,aku mmg la cikgu tapi kerja cikgu adalah banyakkkk.suami aku pulak pukul 7 baru sampai rumah.jadi masa berkualiti kami suami isteri sangatlah terhad.jadi setahun sekali selama tidak lebih dari 6 hari,apalah salahnya kami berdua menghabiskan masa yang berkualiti untuk kami berdua.

5)faktor cuaca dan suhu.negara negara lain tak sama iklim macam kita.sedangkan kita yang dewasa nie pun balik aje luar negara akan pening2 lalat,selesema lah,cirit birit lah inikan pula anak kecil.

inilah 5 faktor kenapa aku tidak membawa anak aku ke luar negara.
aku idaklah mak yang kejam
tapi ada banyak keburukan dari kebaikan sekiranya aku bawak anak ke luar negara
korang punya pendapat tak tau lah sama ke idak dengan aku
tapi aku punya pendapat seperti yang di atas lah

ada yang tanya
tak rindu anak ka?
aku kalau dah boleh shoping memang aku dah lupa yang aku warganegara malaysia
hahahaha
tapi suami aku hari hari mengadap gambar anak dia
aku?
kontrol emosi lah
alah 4,5 hari je tinggal
bukan pergi berperang pun
pergi melancong aje

yang anak aku pun satu hal
kot lah nak cari kitaorg ke dalam bilik sejak kitaorg takde
langsung tak cari okay
bila kitaorg balik dan sampai rumah
baru dia tau yang kitaorg mmg takde di rumah tue sejak beberapa hari
hahahaha
bagus emir
bulan 3 emir kena tinggai lagi okay
mak apaknya nak ke medan puloq
hahahaha

cukuplah sampai di sini sahaja
beberapa keping gambar di bejing buat tatapan anda
cewahhh
 dekat summer palace.semua tinggai anak kat malaysia ok.yang baju putih tu aje anak dalam perut
 teruja mula mula sampai di airport
 dekat summer palace lagi
 siti nurhalija.eh silap,aku adalah sorang peminat siti nurhalija.hahaha
aku,baba dan adik ipar

 sekian terima kasih

Isteri Incik Fahmi =p

1 comment:

Yaya said...

bestnye gi beijing....