Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 4, 2012

ku simpulkan semua cerita sepanjang tahun ini.

aku tengok ramai bloggers yang dah kurang update skrang
sama jugak macam aku
hehe

jadi untuk mengakhiri tahun 2012
aku simpulkan cerita menjadi satu entry
supaya senang aku nak flashback kembali
dan untuk bacaan kamu yang masih klik page saya
ewah~

januari-september
masih menyusukan badan kepada emir zhfaran
sekarang bila kita selak nak bagi susu
dia akan tutup balik
pastu geleng kepala
sebab susu dah tak banyak
pandai sungguh budak itu
haha

perangainya kadangkala membuatkan aku rasa nak kutey
sebab kalau di rumah pengasuh bukan main baik anak mak ni
balik rumah dia punya tantrum walawei kemain hebat
tak kena sikit merajuk
tak pun digigitnya aku
tak pun menjerit jerit macam orang kena dera
kalau di rumah pengasuh
nak dengar suara menangis pun payah

aku dah tukar pengasuh
Alhamdulillah
pengasuh sekarang berganda ganda baik
anak aku siap tanak balik rumah
dekat sejam jugak dok pujuk supaya balik rumah
digelengnya kepala
pastu siap menyorok dalam bilik
haha
bila di rumah dia mula tunjuk muka bohsan
sebab takde kawan nak main
haha

baba dah gedik gedik nak bagi zhafran adik
aku?
buat buat tak paham
pastu panjang berjela huraian aku bagi
hahaha
tak nak lagi la nok
masih belum ready
nie kes zhafran asek sangat demam dulu dulu
masa ngan pengasuh lama
kejap demam
sampailah masuk hospital
so aku mmg trauma yang maha dasat
kalau anak sakit
especially demam
memangggg aku akan trauma gila gila
sebab tu aku rasa aku mmg tak dapat nak mengandung buat masa ini
kerana ish
camna eh nak explain
ada tak sesapa yang faham dengan situasi yang aku alami skrang

zhafran sekarang aku kasi makan scott emulsion
anak aku jarang sangat kene selesema
alhamdulillah
tapi demam dulu selalu sangat
skrang dah jarang
alhamdulillah

kemudian selera zhafran adalah macam orang tua
segala mak nenek benda semua dia akan makan
kata orang
"pantang jumpa makanan"
sure dia ngappp
alhamdulillah

dah pandai macam macam
pantang kita buat
dia akan tiru
terbaru yang paling lawok aku rasa
dia tengah syok dok main
kemudian aku cuit belakang dia
pastu dia buat bunyi "ish"
alah macam korang kalau tengah kusyuk buat kerja
pastu orang ganggu
mesti korang akan buat bunyi kan
bila dia keluar bunyi tu
gegak gempita aku laki bini ketawa
memang lucu

dah pandai sebuat banyak perkataan
yang paling lawok
ball
ball kan bola
buah mangga bentuk bulat dia sebut ball
segala yang bentuk bulat tak kira benda atau makanan
mesti benda tu adalah ball

sama jugak macam kucing
nampak lembu nyaw
nampak ayam pun bunyi nyaw
latest aku p tesko ngan dia
nak beli ikan
dia tengok ikan pun dia sebuat nyaw
hahaha

tak nak
nak
dah pandai sebut
eh banyak jugak lah vocab anak aku skrang
membebel pun dah pandai
tapi dalam bahasa dia la
baba dah pandai panggil
bonda?
dah tapi sekali je aku penah dengar dia sebut NDAAA gtu
pastu dah tak dengar
haha

kalau baba balik dari kerja
dengar kereta baba
dia akan berlari ke grill
sebut baba
bila baba masuk rumah
dia akan cium baba
sangat cleverlah dia!
puji anak sendiri hoi hoi
hahaha

dah pandai salam
babai
dan buat muah muah
dah pandai cari aku ngan baba satu rumah
kalau kitaorg main sembunyi sembunyi
hahahah
lawok rasa

sekarang makanan zhafran mmg aku beli semuaaaaa yang organic
biarlah mahal
untuk anak yang bakal menjadi doktor kan
kena lah usaha dari sekarang
(ahlamak ober sudah)
haha
pemakanan dia memanggggg aku sangat jaga
buah sayur oat biskut yogurt semua aku sediakan
seawal jam 5 pagi ok
5 pagi
aku rasa sangatlah ralat kalau tak dapat sediakan makanan anak ke rumah pengasuh
ye la
cer ko bayangkan
anak aku dah la lama dok kat rumah pengasuh
masa ngan kitorg dia spend sangatlah minimun
so air tangan aku aja la
pengubat rindu dendam
eh apa aku melalut ni
hahahahah

zhafran minum susu ENFAGROW A +
susu tue memang bagus aku rasa
mmg sel sel anak aku berhubung dengan hebat
haha
dulu aku penah try anmum
tapi bila umur dia setahun
dia cirit birit pulak
so kena la up susu yang mahal
mula mula baba try susu dutch lady
pastu dia macam kembung
bila tok wan zhafran dapat tau kitaorg bagi susu murah untuk cucu kesyangan dia
membebel la orang tua tu
hahahaha
akhirnya kita kasi susu mahal
alhamdulillah
progress dia memang ok
sebab jiran aku yang dok depan rumah aku ni
anak dia sama umur ngan zhafran
tapi nampak zhafran aktif dari budak tu
yang aku boleh perasan
bila zhafran main ngan dia
nampak zhafran lebih aktif
aku idaklah cakap anak aku hebat sangat
tapi so far nampak la perkembangan anak aku sesuai ngan umurnya
gtu la kekdahnya

so far itu sajalah
apa apa aku hapdate lagi
besala kan
anak sulung memang mak eksaited lebih
orang kedah kata
cewi sikit
hahaha

aku nak ke beijing nie next week
hanimun buat kali ke 2
bukan untuk memproses adik zhafran tau
hahahahah

Isteri Incik Fahmi =p

No comments: