Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 14, 2012

rutin aku.adakah sama macam anda?

 5.00-5.30 pagi
bangun tenyeh taik mata dan terus pam susu untuk budak bam itu
it takes about 15 mins to get 6-7 oz in each pumping session by using manual pump

5.45 pagi
mengemas dapur.cuci pinggan mangkuk.mop lantai.sapu sampah
siapkan bekalan suami
siapkan beg pam aku
bancuh air untuk aku
kadang kadang goreng karipap segera untuk suami
basuh baju
sidai baju aku pas sama suami
buang sampah aku pas sama suami

6.30 pagi
mengiron baju aku dan suami

6.45 pagi
mandi dan solat subuh

7.00 pagi
bersiap dan mekap untuk ke sekolah

7.15 pagi
hantar zhafran ke rumah babysitter
hanya terletak di sebelah rumah aku sahaja
aku pegang susu dan bag zhafran
baba nya pegang zhafran

7.25 pagi
naik kereta terus pecut ke sekolah

7.33 pagi
baru hegeh hegeh nak punch card

bangun sikit punya awal tapi hari hari ke sekolah lambat
tak paham aku!

7.40-2.40 petang
berada di sekolah
mengajar 27 waktu untuk subjek sejarah dan PJK :p
ada masa terluang aku akan pam susu
dan selalunya akan dapat 14-15 oz untuk 3 kali pam

3.00-4.00 petang
meeting selalu lepas habis waktu sekolah dan kadang kadang exceed sampai 5 petang

balik sekolah salin baju dan kadang kadang mandi dulu
baru amek zhafran
then main main kejap ngan dia
kalau balik jam 4 petang
aku nenenkan dia dulu dan kasi dia tidur

5.30-6.00 petang
mandikan zhafran sambil cakap cakap benda mengarut ngarut kepada zhafran
si kecik itu hanya tersenyum
menjerit seolah olah faham apa yang aku karutkan :p
siapkan zhafran

6.25-6.30 petang
bersilat di dapur
masak yang simple dan terpaksa masak sebab laki aku bukan jenis yang suka makan di luar
mee bihun kueteaw dia tak nak
harus nasi jadi santapan

7.00 petang
bersantai bersama keluarga
watching TV together
kualiti time lah
kadang kadang basuhkan cloth diaper zhafran dan sidaikan di bilik ketiga

10.00 malam
time tidur zhafran
kalau aku kedaung penat dengan aku aku sekali tertidur
kalau tak penat
harus temankan sang suami tonton TV bersama
dan bercerita atau bergosip sesama sendiri
dan kadang kadang sessi bercinta (tersirat)
hahaha

1.30 pagi
zhafran mahu susu

rutin adalah sama hari hari
tapi part yang hazab aku nak buat adalah melipat kain baju!
kadang kadang seminggu kain baju tak berlipat
haha

kalau cloth diapers boleh pulak aku basuh
dah tau kan CD zhafran hanya ada 15 keping
kang kalau aku tak basuh
budak kenit tue nak pakai apa nak tadah kencing ngan poo poo dia
haha

kesimpulannya menjadi mak,bini dan cikgu adalah PENAT
tapi mak enon suka
sebab aku rasa macam aku dah matang gitu
macam tak percaya dalam usia 26 tahun dah jadi mak
haha

 camna pula dengan ruting korang?adakah kita serupaaaaaa?

Isteri Incik Fahmi =p

3 comments:

Hani Othman said...

tak sama... sebab takda susu nak pam... slalu tidoq awai sbb xdak sesi bercinta... hahahahaha

~ NANA ~ said...

alamakk..cmni rupanya jadi ibu..i kna prepare mental & fizikal awal2 ni :)

skrg ni pon dh 6 bln asyik rse lembik je badan ni...hihi

chempaka said...

serupa2! penat.... tapi cikgu sekrg balik kul 5 jugak ekk! dulu2 cikgu balik kul 1.00...huhu