Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 28, 2012

banyak cerita basi

 lamaaaa benar aku tidak menulis di laman sesawang ini
membizi kata kau
tetambah banyak makan limau sempena tahun naga nie
so password blogger pun aku dah lupa
 ok aku tipu

banyak benda yang berlaku dalam hidup aku
baik yang best dan yang tak best
dari anai anai menyerang rumah sampaikan katil aku roboh dikerjakan anai anai
bukan dikerjakan oleh aku okay
haha
anai anai tidak ada rasa simpati sehinggakan merobohkan katil mahal aku
coiii sungguh
tutup kisah anai anai
sebab ahad minggu depan aku akan berpindah ke rumah baru
rumah yang jauh berganda lebih baik berbanding sekarang
tidak sobar nak masuk rumah baru

dah setel bab anai anai dan rumah
datang pulak kisah MLM
haha
aku tau aku sangat suka bercakap
dan petah berkata kata
nama lagi cikgu
mulut murai macam aku sentiasa di aim oleh orang bisnes
datanglah para manusia suruh aku join itu join ini
jual itu jual ini
namun
maaf dipinta aku dan suami tidak dan sangatlah tidak berminat untuk menjadi kaya
biarlah kami hidup secara sederhana sebegini
cukup makan pakai
setel hutang sudah
dan siap boleh saving lagi
kalau nak join MLM jangan lah ajak aku
serius aku sangatlah tidak berminat
serius
ikhlas dari hati aku yang wangi ini
haha
suami aku memang tak kasi
bila suami tak redho
maka haram sang isteri nak join MLM bukan?
jadi janganlah buang masa kami untuk promote itu dan ini
sekali lagi lahir dari hati aku yang betul betul ikhlas

ada tak di kalangan korang yang suka berMLM?
cuba komen sikit
adakah anda dah kaya sekarang?
adakah?
apakah?

tamat cerita MLM
seterusnya cerita budak kecik yang beratnya telah 8 kelo
pergi inject 5 bulan last week
namun anak yang berat lagi kuat itu sedikit pun tidak nangis
ye lah paha dia dah macam drumsctik kuasa dua
jarum tue punyalah kecik tet
maka sang anak itu siap bergembira dan tidak demam selepas di inject
alhamdulillah

oh ya!
aku dah stat kasi zhafran makan
aku lenyekkan buah betik
campur dengan susu badan
maka ternganga nganga si kecik itu
dan dia siap tunjuk best menggunakan ibu jari
(hiperbola di situ)
hahahaha

 balik cuti raya cina tempohari
MIL aku dah start zhafran duduk atas walker
mula mula dia tak pandai lagi
keesokkan harinya
ditolak ke depan ke belakang
cepat sungguh anak ini belajar
pandai macam aku
eh eh
hahaha
 lakonan semata mata
anak aku sudah 5 bulan setengah
namun dia belom pandai meniarap
tapi yang aku hairan bila kita meniarapkan dia
pandai pulak dia memusing semula
aku rasa anak aku berat sebab tue dia susah nak pusing
time balik raya cina tempohari
anak aku adalah kental
kitaorg bertolak dari melaka pukul 2 petang
sampai kelantan 4 pagi
naumn anak itu sedikitpun tidak meragam
mahupun demam dan selsema
syabas anakku!
sekali lagi hebat seperti bondanya
wakakaka

akhir sekali
saya masih pelanggan setia yang menggunakan CD
mak moden yang terbaik

hish kenapa entry aku banyak sangat memuji diri aku yang serba hina ini?
hahahaha

Isteri Incik Fahmi =p

1 comment:

...:::yaniemora:::... said...

Kalo tak minat buat business takpe..
saya pun tak minat pada mulanya..tapi lama2 saya ceburi jugak..sbb nak bizness mesti ada caranya dan ilmunya..