Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 25, 2011

hadiah hadiah emir zhafran

betul lah kata orang
bila ada anak
rezeki akan sentiasa ada

emir pulak adalah manusia paling beruntung
sebab kawan bondanya ramai
haha
bila kawan bonda ramai
sesapa yang datang visit emir
sure akan bawak hadiah mahupun ongkos sebagai ole ole
haha

tidak ketinggalan juga baba
memula kawen ingatkan baba tak punya ramai kawan
rupanya sangkaan daku meleset sama sekali

last week adalah konvo baba
ramai kemain kengkawan baba mai rumah melawat emir
murah rezeki kau nak
tidakkah kau beruntung beribu bapakan kitaorg emir?
hahaha
emir dah dapat 7 hamper setakat ini
baju bajan ko tak payah cakap lah
berbelas belas pasang
kang kalau aku tangkap gambar baju bajan itu
dan post kat sini
maunye terjuling mata korang kan
hahaha

duit emir pun sama
sikit lagi dah buleh untuk daftar haji
bulan 1 tahun depan nak daftarkan haji emir
dah alang alang duit dia dah cukup
baik terus daftarkan haji

jangan jadi macam bondanya
daftar haji ketika umur 25 tahun
panggilan haji ketika bonda berusia 43 tahun
haha

terima kasih buat sahabat sahabat yang bagi hamper mahupun duit dan baju buat emir
semoga Allah akan melipat gandakan rezeki kamu kamu semua
sayang anda semua
:p


Isteri Incik Fahmi =p

No comments: