Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 10, 2011

membeli rumah idahman

semalam kami berdua banyak masa terluang
ya lah
laki aku kerja half day
so banyak perkara yang dibincangkan
antaranya adalah hal rumah

semalam juga kami ada pergi survey rumah
rasanya macam nak beli
mula mula rasa macam
oh banyaknya kena potong bulan bulan
sebab bajet kami rumah tue harga antara 150,000-200,000
so bulan bulan mau kena potong rm 800
buleh fengsan kalau mak enon tengok silp gaji mak enon
tinggai seciput sesedut

bila masa aku nak soping?
bila masa aku nak p spa?
haha

tetapi
setelah diberikan motibasi oleh pak cik kurus
aku terfikir semasa tidur
memang untung kalau beli rumah muda muda cenggini
sebab bila dah pencen nanti
maksudnya 30 tahun akan datang
semua hutang dah settle
so aset dah ada
kan kan?

kat melaka nie
rumah masih murah
dan semalam kami tengok lokasinya
memang strategik benau
hari nie nak pergi tengok rumah contoh
dan nak tanya macam mana

yang penting
rumah mesti ada 4 bilik
sebab tetamu selalu datang rumah kitaorang
adik beradik sang suami pun ramai
anak pulak akan bertambah mengikut keperluan semasa
so,memang cukup kalau 4 bilik
dan sang suami memang rekues corner lot
senang nak park kereta
dan senang untuk anak anak berjimba di tepi rumah
biar harga mahal sikit
asaikan puas hati dengan space yang besar dan luas

disebabkan laki aku pun bekerja kan
so molek benar kiranya kami mengumpul aset dari sekarang
supaya anak anak nanti senang

so tadi aku ada search tentang rumah untuk dikongsi bersama
1) Sila pilih rumah idaman anda.
2) Sila pilih bank mana anda ingin membuat pinjaman – check BLR (Base Lending Rate, ditentukan oleh Bank Negara), interest rate, kemampuan untuk bayar balik, calculate bajet bulan2. Bank akan bagi jadual jumlah bayaran balik bulanan. Sila buat bajet anda sendiri. Klik sini untuk pengiraan bayaran balik rumah Klik sini untuk maklumat lanjut. Sila tanya encik google untuk malumat yang lebih banyak.
3) Isi borang bank untuk apply housing loan. Dokumen-dokumen diperlukan: Kad pengenalan, 3 bulan slip gaji terkini, penyata EPF terkini, surat tawaran keja (ini untuk orang keja makan gaji, kalo buat bisnes sendiri, lain plak dokumen dia – sila tanya pihak bank)
Kita akan dapat 90% dari harga rumah. kalo harga rumah RM100,000, bank akan bagi RM90,000 ja. yang RM10,000 kena guna duit sendiri. Tapi jika anda boleh deal dengan penjual, letak la harga rumah up sket, let say harga jualan RM120,000, so bank bleh bagi RM108,000 sebagai loan, tapi bayar kat penjual RM100,000. semua ni adalah di atas budi bicara pejual-pembeli. kaedah ni tak bleh diguna pakai kalo beli rumah dari pemaju, hanya boleh diguna pakai kalo beli dengan penjual yang baik hati dan dipercayai.
Bank akan masukkan sekali bayaran insurans rumah dalam loan kita. Bayaran insuran hanyalah beberapa % dari jumlah loan yang dipohon. Insurans ini akan tanggung untuk bayaran rumah jika kita tak bleh bayar ansurans rumah akibat lumpuh/kematian agar keluarga kita masih ada tempat untuk berlindung dari panas dan hujan.
Tanya pihak bank jika anda ingin menambah insurans seperti insurans kebakaran atau kecurian.
4) Bank akan keluarkan offer letter. sila sign dalam tempoh yang ditentukan. offer letter ni akan siap dalam masa 30 ari.
5) Pilih Lawyer. Lawyer akan proses semua perkara2 legal macam tanah, pertukaran nama, deal dengan pejabat tanah, JKR, Majlis Daerah, Pihak berkuasa tempatan, hal-hal berkaitan geran-geran.
Dokumen diperlukan untuk deal dengan pihak lawyer: SNP (Sale and Purchase) asal (Jika beli rumah atas orang persendirian), geran rumah (asal) , kad pengenalan, surat tawaran pinjaman bank, cukai tanah/pintu yang terdahulu, Bil air/elektrik (jika ada dan masih tak dipotong).
Proses dengan lawyer mengambil masa lebih kurang 2-3 bulan.
Lepas tu, lawyer akan bawa keluar dokumen S&P (Sale and Purchase) dan juga beberapa legal dokumen yang tebal2 sebanyak beberapa salinan untuk kita sign pada setiap helai.
Sila setelkan bayaran cukai tanah dan pintu sebelum deal dengan lawyer.
Bayaran untuk lawyer adalah : RM7000 – RM8000.
6) Kemudian, tunggu pihak lawyer deal dengan pihak bank untuk bagi duit yang dipohon kepada penjual. Surat akan smpai ke rumah kita bila bank dah bagi duit kat penjual. notis bila bayaran dibuat akan ditulis di surat. sila deal dengan pihak bank, macam mana bayaran akan dibuat setiap bulan. secara standing instruction (S.I.), atau pegi bank tiap2 bulan secara manual.
7) Jika penjual mmg baik hati untuk bagi anda masuk rumah sebelum bank bagi duit, anda boleh mula baiki/renovate rumah anda.
8) lepas duit dah diberi kepada penjual sila bersedia untuk bayar hutang rumah anda setiap bulan selama berapa tahun yang anda phon dengan pihak bank. Anda kini memiliki sebuah rumah untuk keluarga anda.
Semua proses ni amik masa 4-6 bulan.
Antara sewa dengan beli rumah, harga lebih kurang sama bayar bulan2. cuma tambah sikit ja. beli rumah awal n time muda-muda tak rugi sebab bayar kat bank murah, boleh span pinjaman up to maximum 30 years. umur 55 baru setel. nnt kalo dah 10 tahun, boleh jumpa bank n refinance balik. tak smpai umur 55, dah bleh setel hutang rumah. kalo anda kaya, sila beli rumah dengan duit cash :)

sumber dari http://www.rancakdisitu.com/?p=1615

kawan kawan
jom mengumpul aset!
hehe


Isteri Incik Fahmi =p

4 comments:

wanie said...

mmg niat utk beli rumah jugak... tp tertunda disbbkan kami suami isteri tak duduk sekali ( sorang pantai timur sorang lagi pantai barat), insyaALLAH lepas dpt tukar duduk sekali akan di fikirkan untuk membeli rumah.. masa 2 insyaALLAH duit KWSP dh dpr boleh di gunakan untuk bayaran muka..

Shalin, mmg betul pun apa husbend shalin ckp.. masa muda baik ader aset tetap (rumah) sbb harga rumah akan melonjak naik berbanding dengan harga kereta..

Good luck, semoga berjaya mendapat rumah impian shalin

BAIZURA NATASHA said...

salam n hai..
wah...betul betul.. beli rumah masa masih muda...and sangat suka rumah2 kt mlaka.. umah kt sna masih murah. abg i bru pindah umah bru kt melaka gk.and to my suprised, below 200K bole dpt rumah yg luas mashaallah.. if kt kl ne, 200K blom tntu lepas beli condo. landed house apatah lagik... eh, btw bkn if below 30thn, nk beli 1st house below 200K, bole dpt 100% financing from the bank ke? cuba u try cek tgk dear :)

Waniey said...

elok la selin..laki hg pikiaq mcm laki aku..alhamdullilah,kitorg on going process beli umah sendiri.tp kt kl nan ado la umah murah kan..
selamat mengumpul harta utk masa depan!

sisanizu said...

assalamualaikum taun rumah, nak sibuk jugak :p..
bertuah beli umah kat melaka..masih murah..okey sy beli kat bangi ni setengah juta /rm500K harganya utk sebuah rumah teres,,bukan semiD atau banglo.takde tanah..mase beli fasa 2..umah tgh buat (beli ngn developer)..skang dah launch fasa 4..umah design & keluasan sama tetapi harga sudah tak sama sudah jd rm600K++..
beli dgn developer juga boleh consider harga. developer letak harga tinggi sikit..tanpa pengetahuan pihak bank. jd bank bg 90% loan (padahal dpt 100% loan)..tak yah kuar duit downpayment jugak..hehe