Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 21, 2011

semakin beremosi

ini renteten dari peristiwa hari guru yang paling malang buat aku tahun ini
ini adalah tahun pertama aku menyambut hari guru
perasaan?
dah dapat agak yang hadiah aku takkan dapat banyak

sapa suka cikgu macam aku
hari hari memekak
hari hari merotan
dan juga hari hati menjemur budak tengah panas
dan seumpamanya

tujuan aku?
budak budak kampung tidak boleh dididik secara baik
aku dah cuba tapi kesannya
aku yang makan dalam
jadik,
untuk mewujudkan diri mereka seorang yang berdisiplin
maka aku harus tegas
niat aku hanyalah satu
membentuk mereka menjadi manusia PALING cemerlang

kebanyakan pelajar sekolah aku terdiri daripada golongan yang sederhana dan susah
kalau tidak kerana ilmu
siapa lagi yang dapat merubah nasib mereka?

aku dah pernah rasa zaman susah dulu
mak ayah aku bukan bekerja berpendapatan tetap
selalu tidak ada duit
jadi aku dah berazam dengan diri aku
untuk mencapai cita cita
dan duit bukan penghalang
dengan ilmu sahaja dapat mengubah masa depan aku

alhamdulillah
berkat niat aku
berkat usaha aku
doa dari kedua ibu bapa aku
alhamdulilah
aku sudah boleh menarik nafas lega
apa yang aku impikan menjadi betul betul kenyataan

sudah memegang status sebagai guru
setelah 20 tahun aku mengimpikan cita cita ini
dari kecik memang inilah cita cita aku
sudah boleh memiliki kereta sendiri walaupun kena bayar bulan bulan
sudah menjawatan jawatan di sektor awam
dan yang paling penting
apa yang aku kata
pasti akan di kota
itu adalah prinsip hidup aku

oh,sekarang aku sudah tidak mengalami masalah kewangan
sudah boleh bershoping tanpa rasa menggeletar untuk membayar barang barang mahal
sudah boleh menyimpan duit
dan bank in setiap bulan kepada orang tua aku
aku sangat bersyukur!

sebab itu aku NAK
pelajar pelajar ini menjadikan ILMU sebagai keutamaan
kerana dengan ILMU mereka dapat menjadi manusia
dan mengubah nasib keluarga masing masing

NIAT aku tidak lain dan tidak bukan
mendidik mereka menjadi seperti aku
seorang wanita TABAH
yang berasal daripada keluarga yang SUSAH
sering dihina kaum keluarga sendiri
akhirnya BERJAYA membuktikan kejayaan

jadinya,
aku agak beremosi ketika hari guru
kerana hadiah aku yang paling sedikit
ada 6 sahaja
bila difikirkan semula
apa yang nak difikirkan sangat?
bukankah kita harus ikhlas bekerja
dan tidak mengharapkan balasan manusia?
redha Allah itu lebih penting
dan ganjarannya di AKHIRAT kelak!
amin

semoga Allah mengampunkan dosa dosa aku
dan semoga anak yang dikandung menjadi manusia berguna
dan dapat berbakti kepada baba dan bonda
amin

yang tulus ikhlas
bonda shalin

 Isteri Incik Fahmi =p

1 comment:

nuranuraniku.blogspot.com said...

ass,
alhamdulillah apa yang diimpikan menjadi kenyataan.