Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 31, 2010

salam satu malaysia merdeka yahuuu

aku bangun awal hari nie
bangun sahur terus tak tido
sebab perut aku meragam
selalunya pagi2 aku makan cereal dan susu
tapi hari nie tkuar mood
aku makan sandwich
maka..berkentot kentot perut aku nie ha

ada satu hari tue
aku teringin nak minum air teh panas
lepas aja minum
berkeriuk perut aku
kembong owh
maka aku membuat kesimpulan
tak buleh minum teh time sahur
hanya milo + susu dan air masak sahaja

semangat aku lain macam sikit hari nie
gamaknya sebab sempena merdeka kot
selalunya kan aku ada raptai merdeka di KL nun
maklumlah cikgu cemerlang
hahaha
aku tipu
tak lah
semangat nak balik kampung
tak sabar woh
part yang paling best
balik kedah
kalau balik kelantan mood aku swing sikit
bukan kerna mertua aku
no no no

wooh
mertua aku terbaek ko tau
ala ala kaunselor
pastue plak memahami
dan menerima setiap menantu dia seadanya
dia berfikiran kreatif dan kritis
dan profesional orangnya
dia suka bertukar tukar pendapat
dan memberi seribu satu nasihat
untuk dijadikan panduan kami
melayari bahtera rumahtangga gitu

rindu masakan mak aku
gulainya
dengan sambal belacannnya
dengan ikan goreng rangupnya
perghh
semestinya balik balik nanti terus rekues
aku pulak mahu bersenang lenang
dah lama woh tak makan masakan mak aku
rindu giler

itu sahaja laporan hari ini
selamat bercuti
selamat hari merdeka!
semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam
sama sama kita mendoakan keamanan negara malaysia


Isteri Incik Fahmi =p

No comments: