Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 3, 2010

percubaan pertama

Dari semalam aku bebel bebel
kat laki aku nak masak laksa
semalam balik aja soping
dan dan rendam laksa untuk semalaman
oh ya..
semalam kemain banyak kami soping
hari tue time mertua aku datang
dah seround kami shoping
tapi....
mertua aku yang bayarkan
perghhh
sorgaaaa ko tau
sebab kalau kitaorg bayar
RM 150 melayang begitu sahaja

so semalam
melayang lagi RM 150
untuk makanan sahaja
diulang
makanan untuk aku memasak
sampai akhir bulan
=p
beli siap siap makanan ruji untuk bersahur
itu belom soping baju seluar bagai di jasko
kalau pergi jasko
terbang tinggi hinggap di cashier jasko sebanyak seratus lebih
perghhh
dasat sungguh duit hari ini
lima puloh hengget habis dalam masa setengah jam
ini gara gara aku pergi sua rasa la
haha
tentiba salahkan sua rasa

hari nie aku punya berkobar kobar
nak masak laksa
eceh
bajet macam chef la kan...
maka...aku pun sediakan bahan bahan
lama gila ok aku di dapur
punyalah susah nak masak first time laksa kedah nie ko tau


laksa segenggam kot aku rasa
tue bahan bahan nak letak kat atas laksa setelah di bubuh kuah

 nie aku blend cili kering,belacan dan bawang


air tulang ikan yang sudah diblend oleh aku
owh ya~blender,periuk,pinggan,dapur semua hadiah hasil dari kenduri kawen hari tue okay
haha

ini isi ikan
aku tak rincik halus halus
jadi bila kuah dah pekat
dia tak sebati
still berketul gtu gak
alahai badan..alahai nyawa

aku sebenarnya tersilap satu benda
sepatutnya kuah yang di atas
cili kering + belacan dan bawang yang dah di blend
seharusnya dimasak dulu
aku terus masukkan air rebusan tulang ikan tadi
so tak sempat la benda alah tue nak masak
cait~

aku belom rasa macam mana rasa laksa aku
laki aku dah try
dia cakap
"boleh lah"
coiii
mamat nie memang
tiada sokongan yang membina langsung
harap harap tidak berlaku sebarang kecacatan la
bila time aku merasa buka posa nanti
haha

Isteri Incik Fahmi =p

1 comment:

Hasnah said...

asna xberani nk masak laksa. takut nanti ikan yg makan bukn kita org hehe.

Mean xmnjdi la hehe