Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 3, 2010

tiada tajuk

malam nie baru aku sempat nak blog hoping
terasa terisi sedikit jiwa aku
dah la dua tiga empat lima hari nie
emosi nan stabil
kerja tak payah cakap la
berlambak kena settle
tapi aku rileks aja

sempat lagi memalam pergi karaoke
serius beb
very the bohsan
nak nak plak nanti bile dah kawen tak dapat dah nak rasa semua nie
hehe

perjuangan semakin hampirrrr
perghhhh
statement maut giler :p
sebabnya penyelia aku nak datang observe selasa minggu depan
berderau darah aku
dah la lesson plan lom siap
haha

bila dah bz cenggini
langsung aku tak hengat bab bab kawen
letak ke tepi benda remeh temeh itu
apakah???
lagi 62 hari
rasa macam......
KETAKUTAN


besar beb tanggungjawab lepas nie
dah la aku lom panggil ABANG kat laki aku
rasa macam ada benda tersekat di kerongkong
bila nak panggil ABANG
perghhh
alahai...mcm mane eh korang start panggil abang?
tak gheti aku
nak panggil anje,ayang,yayang,bucuk lagi la
tobat tak terkeluar dr mulut
haha


tadi aku ada check balik
di FB
confirmed guests utk hari bahagia aku
walla~
dah 100 orang
perghhh
tapi tak pe,dah mmg aku ramai kawan
nak buat macam mana
kang tak jemput ada yang kecit hati plak
makanya
aku dah decide nak tambah goodies bag lagi 50

sebelum nie dah ada 200 packs
sebelah laki dah 100 orang nak datang
kawan2 aku setakat nie dah 100 orang dlm FB
nie belom masuk yang takde FB
perghhh
maknanya mmg kena sedia lebih la
moga moga rezeki ku bertambah

orang cakap kalo nak kawen
rejeki melimpah ruah
harap2 rejeki aku murah
aminnn

borang dah amek di pej agama
tapi satu habuk belom isi
kena tunggu ABANGGGG (haha) lengkapkan borang dia dulu
then baru aku leh porceed

nanti ABANGGG (haha) akan mai melawat aku
buat kali terakhir
sblm disatukan
katanya nak tgk hidung.mata dan 5 pancaindera aku ok ke x
kang tentiba mata aku juling arnab
terkujat plak dia nanti
miahahahah

time dia datang
aku dah decide nak pegi buat HIV test sesama
dan nak jugak menggedik pisang suruh dia hantar ke sekolah
eceh~
mengada lah kau
eh eh...
manja manja sket pun jeles ke korang?
haha

 Mrs Fahmi To Be =>

No comments: