Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 7, 2010

bersiaran langsung dari bilik guru

 heh~
hari ni budak2 start exam
terkenang time dendolo masa belajar
baling baling liquid paper di mana dalam liquid paper ada jawapan
menjeling manja kawan di sebelah
semua itu adalah kenangan
semasa zaman aku bersekolah

sekarang rasa macam tak percaya
aku pulak jaga exam
dan student aku plak mengerling manja rakan seperjuangan mereka
kengkonon nak dapatkan jawapan
haha
respons aku?
"kamu nie,nak meniru yer?"
ayat macam ganas tapi dalam hati tuhan yang tahu betapa sukanya aku tgk gelagat mereka

serius dari hati kecik aku
aku cintakan gila gila bidang nie
dari umur 6 tahun aku telah cinta pandang pertama dalam bidang ini
sampai lah sekarang
serius
aku sangat teruja
penuh dengan semangat yang berkobar2
untuk berkongsi ilmu
bersama anak anak didik aku

sekarang aku telah menjadi apa yang aku nak jadi
syukur ke atas rejeki kurniaan Allah taala
He listens my prayer
my parents prayer
im great to be HIS servant!

pernah satu ketika dulu
time aku kerja di BSN
aku ada pergi ke CIMB
bila aku sampai di bank sana
pak guard tue cakap
"awak macam cikgu la!"
perghhh
waima pergi memana pun
orang cakap watak aku tak tumpah seperti cikgu disiplin
perghhh
hahaha

azam aku
mahu cintakan profesion ni sampai mati
selagi nafasku bernyawa
aku akan terus menebarkan bakti
lontar lah aku ke mana sahaja
aku PASTI akan menabur budi dan bakti
kepada anak bangsa
yang terlalu dahagakan ilmu

walaupun aku masih hijau dalam bidang ini
aku akan terus berusaha menjadi GURU yang terbaik
buat anak didik aku
sumpah ini adalah luahan isi hati aku

biar apa orang nak cakap
biar apa yang orang nak sumpah
orang nak mengomen
orang nak mengumpat
itu adalah longkang durjana
biarkan mereka
bukan mereka yang bayar gaji aku~
yang penting
keikhlasan untuk mencurah ilmu
meningkatkan prestasi pelajar
dan membuahkan kejayaan yang cukup membuatkan aku berbangga
itu sudah cukup

pasti terhenti umpatan mereka
pasti terhenti segala fitnah mereka yang mereka lakukan terhadap aku
siapa mereka untuk mengomen aku?
siapa?
memfitnah aku sesuka hati
tanpa bertanyakan kepada tuan empunya diri
itukah sifat peribadi mulia seorang pendidik
owh~tuhan sahaja yang tahu
perasaan aku ketika itu

TETAPI
sedikit pun aku tidak ambil peduli
apa yang penting
meneruskan perjuangan
menjadi guru paling istimewa
di dalam hati pelajar aku

aku tidak akan menoleh belakang lagi
aku akan teruskan perjuangan aku
mencintai profession yang aku paling sanjungi semenjak aku kecil lagi

luahan isi hati
(cikgu shalin)




Mrs Fahmi To Be =>

4 comments:

wanie said...

bagus2.. nie la baru la semangat nk jd sewang guru... tp kan shalin, adakah anda bersedia untuk bab perkeranian plak????.... kena bersiap sedia taw.. jgn terkejut taw...

PUAN THALHA : said...

you go girl!! hee
tapikan cikgu shahlin, kita pun memang selalu kene, pakcik jiran ke, owang-owang yang baru nak kenal, orang luar kalau tegur. "ni keje cikgu ke?" hee. kita nampak cam cikgu thalha agaknya. hehe. tak reti nak mengajar owang. tahap kesabaran sangat rendah dengan bdk2. ;p

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. said...

go go go agogo Cikgu Shalin! Awak sama mcm saya, sudah jatuh chenta ntah pandang kali keberpa ntah dgn profesion ni...saya pun ada pengalaman mcm awak..ramai yg sangka saya cikgu even saya blom jadi cikgu..hehe. Lagi best diorg bkn tanya "keje cikgu ke" tapi trus tanya "yong ngajar kat mana skrg??"

Hahahha...

rDnA said...

chaiyokkk cikgu shalin!!
i'm silent reader br ni rs nak drop komen...
me too selalu gi mana2 org tegur adik ni cikgu ker????padahal bkn cikgu pun..tp lebih krg la mengajar jgk tp bkn di sekolah..hihihi