Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 20, 2010

DIY mini pelamin dan bilik pengantin

Tadi aku,mak aku ngan ayah aku telah terjah di sebuah kedai di JITRA

Asalnya nak pergi rumah sedara mak aku untuk beberapa urusan penting,kemudian singgah sebentar untuk menipiskan duit ayah aku.ha ha ha

Sebelum nie mak aku ada pergi survey kain untuk buat pelamin mini untuk majlis khatam quran nanti.Aku macam biasa,memberi idea terbaik dan yang nak decorate semua adalah adik aku.Aku hanya pengurus dalam hal ini :p

Bila dah sampai kedai tue aku tgk kain tue chantek giler,biasanya kain tue WP dan butik andaman akan buat pelamin atau bilik pengantin.Harganya murah giler RM 1.80 per meter.meloncat gumbira aku tgk kain tue,serius sangat chantek..

Aku nie orangnya tak suka benda benda mahal...sbb macam tak berbaloi kalau beli mahal mahal...idaklah semuanya aku nak kan benda semua yang murah..sometimes benda benda branded juga diperlukan :p

Macam hantaran semua memang aku beli benda benda mahal la..takkan nak beli perfume jenama safi ke ape ke..mesti lah macam tak best dan ada plak yang gelak kan aku kang :p

owh..hentikan bebelan melalut itu

Aku selamat merembat 17 meter kain itu dengan kaler BIRU..chantek banget.miahahah

Then beli plak kain yang trend sekarang nie..kaler hitam dan kelabu sbb cadar aku kaler biru dan kelabu,makanya kena la ada sikit unsur unsur kelabu di situ

Memang lah lambat lagi kenduri aku tapi kain kat sini cepat beno sold out.Untuk menyelamatkan keadaan,aku telah membeli awal awal supaya tidak menjadi caca marba nanti.

Malam nie nak mencuba letak kain tersebut dan aku harap misi nak DIY pelamin khatam quran berjaya

Alatan yang digunakan adalah:

-kotak untuk letak bunga
-pasu bunga mak aku 2 biji
-kayu kayan katil (katil jenis lama kan kayu,maka aku lapik dua kayu tersebut untuk nampak tinggi)
-tikar
-kain

Alah!aku wat simple simple aje..lagipun pelamin tue sekadar nak memeriahkan majlis di rumahku sahaja..esoknya bersanding kan di homestay pak cik aku..maka pelamin di sana mudah mudahan lebih grand.ngeee

Mrs Fahmi To Be =>

No comments: