Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 29, 2014

cita citaku menjadi orang kaya.haha

 tajuk tak boleh blah
bahahah
sebenarnya aku ada sedikit catatan mengenai impian aku buat masa mendatang
tapi tak tau nak luah kat sapa
luah sini ajelah
boleh?

ko penah tak terpikir yang sekarang ko akan jadi apa yang ko nak jadi?
aku tak pernah terfikir
serius
dulu dulu masa sekolah aku dok kelas last
mana la ada orang nak target aku ni boleh jadi cekgu macam sekarang
serius aku dulu memang tak pandai
sumpah tak tipu
5 tahun kot aku dok kelas last
hahaha
dipandang hina siot
hahaha

itu sebab sekarang kalau bebudak kelas last aku jadi sayang sangat kat diorg
asai kelas last aku akan cuba sedaya upaya nak tolong diorg ni keluar dari kepompong kehidupan diorg
sanggup masuk waktu PJ semata mata nak tolong diorg
wow
hahahah
serius aku tak tipu
kalau budak budak kelas last aku jadi sayang sangat kat diorg
tak tau nak cakap camna

cukup cerita pasai life as a teacher
now aku banyak impian yang nak dicapai buat masa terdekat ni
im planning for baby
4 tahun dah aku tak mengandung
now its time aku rasa untuk menambah ahli keluarga
tapi disebabkan aku ambil pil perancang lama sangat
aku tanya doktor dia cakap kena bagi masa untuk badan supaya kembali subur
risau sebenarnya sebab lama sangat aku telan pil
hehe
tapi aku tak stress
sbb aku rasa ni pekerjaan Allah untuk memakbulkan doa kami laki bini untuk menimang cahaya mata seterusnya
wow skema ayat
hahah

plan tahun ni nak pergi haji
tapi Allah belum makbulkan doa kami
setengah tahun kami pergi kursus haji di masjid setiap ahad
barang barang dah beli
tapi disebabkan penagguhan haji oleh suamiku sebanyak 3 kali sebelum sebelum ini
maka tahun ni nama dia langsung tak tersenara sebagai jemaah
tu orang panggil bukan rezeki kami lagi
insyallah simpanan dah cukup
mudah mudahan ada rezeki kami laki bini lepas ni

then aku plan nak sambung belajar
nak sambung master
rindu jaman belajar
even aku bukan pandai sangat masa kat UIA dulu
tapi semangat aku nak kuasai ilmu dlm bidang pendidikan ni tinggi
ayat aku ko tengok
hahaha
aku rasa aku nak tolong pelajar2 ni
tapi dengan ijazah yang aku ada ni
tak cukup
jadi aku kena ada masters

aku ajak laki aku sambung
tapi dia ckp dia dah lama sangat belajar
hahahah
dari diploma terpaksa extend
then sambung degree je tak extend
hahaha

aku nak anak anak aku kagum ngan kekuatan mental dan fizikal bonda dan babanya
sebab aku masih ingat
masa aku form 1 dulu kan kena buat folio sejarah
kena ada tokoh yang saya kagumi
mak ayah aku mana la ada pendidikan tinggi
mak aku sampai spm ja
ayah aku sampai darjah 6 ja
masa tu aku terpaksa la ambik sepupu aku
sebab dia ada ijazah
aku tak nak anak anak aku jadi cam aku
nanti kalau kena buat folio
at least dia boleh letak gambaq aku ngan suami aku sebagai role model
hue hue hue

aku nak anak anak aku keluar dari kepompong kesusahan yang aku telah alami
cukuplah aku sorang merasa kesusahan tu
oh babanya tak pernah rasa susah
ehheheh
aku aja yang berasal dari keluarga yang sangat biasa

jadi hidup aku kena bermatlamat
tapi aku tak pasti la matlamat aku ni kedaung atau dapat dicapai
hahaha

plan aku seterusnya nak beli tanah di kedah
pastu nak buat rumah kat kedah lagi 10 tahun
sekarang memang aku beli rumah di melaka ni
so that bila aku balik ke kedah nanti
ada la rumah sebiji sebagai kenangan kat sini
hehehe

pastu aku plan setiap sorang anak anak aku akan ada rumah
ko tengok tinggi nau impian aku ni
hahaha
macam la aku ni kerja CEO
hahaha
anak aku pun aku plan nak 4 orang ja kot
insyallah

sekian sahaja buat kali ini
nanti aku akan update lagi
tata


Isteri Incik Fahmi =p

1 comment:

sha said...

fasha dah tak teringin nak nyambung belajar dah. dgn budak2 kecit dok kacau tiap mlm... fuhhh dah dpt rasa kalo sambung master nanti mcm mana. hihi