Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 14, 2012

Allah turunkan ujian utk kami sekeluarga

sabtu last week
baba decide nak ke kuala lumpur
sebab biras aku dapat anak yang kedua
so hajat nak melawat ramai orang kat sana

malam sebelum sabtu
zhafran merengek
macam tak selesa
try pegang badan dia
tak panas pun
ingatkan dia gatal rashes dia
so aku pun ambil lah bedak sejuk
letak kat vontot dia
so dia tdo

pagi tue badan dia panas
terus aku mandikan dia
then pakaikan dia pempers aje
melasak macam biasa

tapi kepala dia macam panas
cek termomoter cikai suhu 37
then jelum kepala zhafran ngan air asam jawa
dia tdo

aku pula memasak bubur zhafran kat dapor
tiba tiba
zhafran jadi gigil
terketar ketar badan dia
mulut
badan
muka semua biru
aku terus panik
terus masukkan dia dalam bilik air
tapi disebabkan aku gelabah gile
terus keluar bawak zhafran
dan kol suami
ckp anak macam terkena sawan

terus aku buka gril
sambil tangan terketar ketar
panggil jiran sebelah
terus dia lariiiii
suruh aku masuk dalam bilik air
dia ambilkan ais
dan letak kepala zhafran dengan ais
dan letakkan dia bawah paip

beberapa saat selepas tue
zhafran sedar
Allahhhhhh
bertapa aku panik dan terketar ketar time tue

bila dia sedar
dia jadi gigil
terus jiran aku selimutkan dia
then bagi dia minum air masak
sebab aku nak bf dia tak mampu nak buka mulut lagi time tue
kejap lepas tue
baba sampai
zassss terus ke hospital pantai
sepanjang perjalanan
tak henti henti aku kejutkan dia
bagi dia sedar
dan bf zhafran
supaya dia tak tarik lagi

sampai aja di hospital
cek suhu 37.4
konpom aku punya termomoter dah gelong!
then nurse cakap
baik kita admit ward
so aku pun setuju
sebab zhafran ada medical card
so no hal

then si kenit tue kena cucuk ambil darah
dan cucuk nak masuk air
dia punya meraung kuat kemain
tapi aku kena kuat
aku think positif
biar dia nangis sebab nak sihatkan dia
setengah jam lepas tue
dia kuar tapi dah tdo
letih sangat menangis

bila doktor check
dia punya sel darah putih tinggiiii
sebab ada kuman
malam tue baru aku rasa mulut dia panas
badan pun panas
rupanya dia panas dalam
bila dah makan ubat demam
makan antibiotik
baru lega

3 hari 2 malam kitaorg berkampung di ward
perasaan aku sangatlah sedih
zhafran tak pernah demam sebelum nie
ubat pun aku jarang bagi kat dia
so
lepas nie doktor cakap
kalau badan dia panas
terus bagi makan ubat
takut kejadian yang sama akan berulang

hari hari bila aku teringat kejadian last week
aku rasa sebak sangat
aku memang tak alert dengan benda benda begini
harap sangat tak akan berulang lagi

 walaupun badannya masih tak sihat
dia sememangnya anak yang aktif
berpusing sana sini
Allah tengah menguji kami
sama ada kami kuat atau tidak
jadi
apa yang kami lakukan
berdoa dan terus berdoa
supaya kami diberikan kekuatan yang luar biasa
untuk membesarkan anak

bila jadi macam nie
aku terfikir 2 juta kali
takut nak beranak lagi
aku takut sangat kalau anak sakit

tapi kawan aku selaku ostajah
sentiasa berpesan
ada lagi orang yang lebih teruk diuji
jadi
aku terus insaf
:p

 pesanan aku
walaupun badan anak anda dedar dedar
sila bagi dia makan ubat
sentiasa basahkan badan dia
biar dia selsema dek dijelum air
daripada jadi benda yang tidak diingini

semoga zhafran akan sihat selalu
doakan zhafran yer


Isteri Incik Fahmi =p

3 comments:

Ina Khairina said...

mmg kan kalu ank x sihat ni kita jadi gelabah susah hati semua x kena...lani demam pun jgn buat main2,bahaya....

D Yatie said...

Allah~~tersebak pula saya baca...saya teringat arwah adik saya selalu kena sawan dan pergi kerana sawan...semoga Zhafran sihat sentiasa ye sayang.. :(

Wanie Nasir said...

waaaa,anak saya tgh demam sekarang..riso!