Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 20, 2012

perkahwinan

dah gian nak menaip dan meluahkan isi hati aku ini
cewah
dulukan..
sebelum kita nak kawen kan
pelbagai persiapan kawen yang kita buat kan?
indah bukan pada saat saat itu
cakap romentik romentik dalam tepon
counting days nak jadi puan
nak hidup bersama sehidup dan semati kan?
bahagianyaaa rasa
rasa macam nak ulang saat saat manis percintaan yang selama 8 tahun ini
phew
haha

tapi hakikat perkahwinan adalah bukan seperti yang disangkakan
bukan semua manissss sepanjang masa
mesti ada pahit di tengah tengahnya kan?
dulu orang selalu cakap
kalau berkahwin kena berkahwin dengan keluarga suami /isteri jugak
mula mula aku dok fikir
"wut the helll?"
masih tak faham
bila dah berkahwin
OOOoooooooo baru mengerti
memang benarlah kata kata orang itu

aku kan
bila tengok kawan kawan kawen rasa best gila babas
sebab jaman aku kawen dendolo paling indah
masuk sotkabau tibi bagai
hahahah
sebab tue kalau dengar kawan kawan kawen aku rasa
bestnyaaaa

TAPI
hakikat perkahwinan ini adalah disusuli dengan dugaan dan cabaran kan?
ibarat kapal yang sedang mengemudi kan?
ada sesetengah yang karam
ada yang bahagia
ada juga yang derita
aku serius dan sumpah sedih kalau dengar ada kawan kawan yang bercerai
sumpah aku sedih
bagi aku suami aku adalah ibarat tangan kanan aku
aku adalah tangan kiri
walaupun tangan kiri itu disifatkan untuk membasuh berak
hahahah
tapi serius
aku jadi lemah tanpa suami di sisi
 
aku kadang kadang membayangkan
macam mana la mereka sanggup hadapi ujian yang sangat kuat ini?
kalau aku mau dah koma dan dok di hospital sambil dikelilingi doktot doktot muda yang hensem
wakakakaka
tak mampu aku rasa
hidup aku selama nie sentiasa ceria bersama suami dan anak
dan kalau tiba tiba langit akan jadi mendung
hish~
nauzubillah

berbalik kepada kes perceraian di kalangan kawan kawan aku
ntah la wei
susah la nak membuat tafsiran kan
kadang kadang aku dok fikir
takkan tadak jodoh kan?
hish~
habis yang kapel bertahun tahun sebelum kawen tue camna?
ntah la benda nie sangat subjektif
tapi selalunya kalo ada orang ketiga pun boleh jadi juga
aku hairan jugak
kenapa laki orang yang nak dikebas
sedangkan ramai lagi lelaki budiman di luar sana
hish~
ntah lah wei
kang aku salah membuat tafsiran
apa pulak orang cakap kat aku

tapi itu lah
bila keadaan di sekeliling dok bercerita tentang penceraian
aku sumpah ngeri dan takuit gila
nak nak pulak kawan kawan yang rapat
hish~

ada jugak kawan aku yang baru ja berkahwin setahun tetapi diceraikan
kawen 3 bulan diceraikan
kawen 3 tahun tapi ada skandal
kawen 2 tahun tapi masalah dalaman keluarga

takut la wei
korang tak takut ke bila baca entry aku ni?
hahahaha

semoga perkahwina kita kekal bahagia sampaiiii akhir hayat ya kawan kawan
marilah kita sama sama berdoa agar suami kita setia dan cinta kita sampai mati
bai

 Isteri Incik Fahmi =p

2 comments:

CiK pUaN mAmA bAm-BaM said...

hai akak.. eh akak ke?? heheh..
sy nak cite sikit ttg topik yg akak ckpkan ni..bila baca, secara x langsung terkena tempiasnya...

sbb sy diceraikan selepas sethn kawin.. diceraikan slps abis pantang.. so bygkan camna life sy masa tu..

reasonnye senang je.. selalunya yg bercerai terlalu cepat adalah disebabkan org ke 3.. sama la cam sy.. yg x blh blah org ketiga tu adalah bdk hingusan.. bdk yg masih muda yg lgsg x tahu dunia sbnr perkahwinan tu cam mana..

ntah la akak.. nak ckp pon susah, tp bila diri sendiri yg kne, baru la phm...

jadi.. kalo lah terjadi mcm sy kpd sesiapa (minta2 dijauhkan, kena kuatkan semangat.. Allah sentiasa disisi kita.. Allah, ibu bapa dan anak jd sumber kekuatan kita.. doa, usaha dan tawakal yg hanya bolah dibuat..

so, kalo terjadi yg perkara yg buruk (minta2 dijauhkan) ingatla yg ade org lain yg lebih teruk kena banding dgn kita. Allah tahu mana yg terbaik utk kita.

sy doakan akak bahagia dunia akhirat.. InsyaAllah...

~ NANA ~ said...

biasa la tu adat rumah tangga ada masam manis nya...sbb tu org ckp perkahwinan ni ibarat satu perjudian...kita sendiri pon tak tahu nasib kita akan dtg nnti camne kn? manusia blh berubah :)

apa2 pon rajin2 la berdoa supaya rumahtangga kita selamat kn? aminnn :)