Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 17, 2012

perkara sedih yang berlaku semasa cuti sekolah

dah 5 hari suamiku demam
keluar darah melalui hidung bulatnya
aku mensageskan pergi ke klinik check
tibalah kami di klinik
doktot muda itu kemungkinan denggi fever
esoknya datang semula ke klinik
platlet darah makin menjunam
dan...
doktor muda terus hantar surat untuk ke hospital besar melaka
air mata aku dah bergenang
confirm kena admit ward kalau begini

terus refer di bahagian emergency
sekali nurse panggil
"waris kepada mohammad fahmi sila masuk"
terus terbit air mata
satu sebab cuak
satu sebab sedih sebab takde sedara mara di melaka bandar teknologi hijau ini
terus kol babysitter zhafran
sambil tersekat sekat suara
sebab sedih yang melampau
nasib baik BS zhafran sanggup menjaga zhafran
so settel satu bab
sms kengkawan doktor saspek suami aku kena denggi berdarah
sambil air mata meramu keluar bagaikan tidak dapat ditahan tahan

malam tue mentua
ayah dan mak aku bergegas naik bas dari kelantan dan kedah
aku sedikit pun tidak lalu nak menjamah sebarang makanan
fikiran aku adalah berserabut gila
ko bayangkan denggi berdarah tue kan penyakit yang berbahaya
tiada ubat mahupun vaksin
macam macam perkara negetif aku fikir
perkara yang melibatkan suami
anak
mak ayah
aku sangatttt sensitip
anak sakit sikit aku adalah emo
risau gila
inikan pula suami tercinta yang memberi nafkah zahir dan batin
lagiiii la aku sedih gila gila berdabel gila
:p

bermalam aku di hospital melaka selama 2 malam
tidur atas lantai ko tau
tak bleh nak lelap mata malam first tue
sebab teringatkan zhafran
menangis aku seekor diri ketika suami diulit mimpi
:p

esoknya bergegas amek mentua di stesen
zasss ambil zhafran di rumah BS nya
then mak ayah aku plak tiba
pukul 1 zasss memberi makanan kepada sang suami
iaitu sup ketam
dan kurma nabi
insyallah
sangat mujarab bagi pesakit denggi

petangnya kawan kawan datang melawat
alhamdulilah
masih ada kawan kawan yang sentiasa mengambil berat

nasib baik aku adalah wanita besi yang lagi perkasa
dapat drive sendiri
dapat buat kerja dengan cepat
dapat handle situasi yang mencemaskan ini
syabas buat mak bonda shalin
hahaha

akhirnya
keputusan yang diterima adalah NEGATIVE DENGUE FEVER
hanya viral fever
penat aku menangis siang malam
hahaha
takut ko tau
sesungguhnya denggi berdarah boleh membawa maut weiiii

hari ke 3 dah boleh discharge
sekali lagi mak bonda memainkan peranan sebagai wanita besi ala ala transformers
hahaha
pergi unit hasil
untuk dapatnya bil discharge
macam macam benda jugak lah aku kena buat sebelum nak keluar wad

FYI,
kalau penyakit berjangkit
kos rawatan adalah free
even ko ada GL pun
ko tak payah sesebuk nak bawak GL

balik rumah malam tue hidung suami aku still berdarah
so refer ke klinik doktor azman
doktor cakap laki aku nie kurang vitamin C
hari nie dia makan vitamin c
akhirnya hidung bulat suamiku tidak berdarah lagi

tamatlah cerita aku yang sangat saspen ini
semoga suamiku sembuh seperti sediakala
amin
 sesungguhnya kasih ibu hingga ke syurga
sambil jaga suami sambil mengepam susu
:)
 muka hepi dan girang sebab dah nak balik rumah

 baba yang bebas dari denggi
mencuakkan semua orang lah baba nie
haha

satu yang aku suka tentang hospital melaka nie
nursenya alahaiiii soft spoken
friendly
dan cepat bertindak
doktor doktor kat sana pun halahaiiii bagus gile
serius aku rasa macam berada di hospital swasta walaupun keadaan wad adalah dipenuhi oleh 10 orang pesakit
serius sebelum ni aku sangatlah takut nak ke hospital kerajaan
tapi bila berada 3 hari di sana
alhamdulilah
servis diorang sangat okay
terima kasih para nurse dan doktor hospital melaka
:)
 
Isteri Incik Fahmi =p

1 comment:

nifalnin... said...

tahniah,
sebab berjaya handled semua kejadian dengan berani n tabah...

alhamdulillah,
sebab semua dah selesai... aminnn...


mcm tu lah keadaan akak bila anak yg sulung sakit, pastu ngan en.suami x der... ngan nak handle anak no. 2 lg... buhuhuhuu... rasa mcm x cukup napas nak ke sana ke mari...