Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 30, 2012

saya sudah ada pam baru yay!

aku kan dok memekak di sini yang aku hanya guna pam manual
dulu kalau sebelum setat kerja okay aja guna pam manual
tapi bila dah setat kerja
memang berlaku kekangan masa yang sangat dasyat
maka...
terpaksa lakukan pelaburan yang terbaik untuk anak membesar dengan susu ibu

aku kadang kadang terfikir
bagaimana kalau susu aku dah tiada untuk si kecil ini
mesti aku akan sedih
sebab aku dapat rasakan satu perbezaan yang sangat dasyat antara susu formula dan susu ibu

walaupun stok susu aku tidakah sehebat ibu ibu lain
hanya ada beberapa puluh paket EBM sahaja untuk si kecil ini di kala emergency
tapi aku sangat sangat berharap agar dapat menyusukan zhafran sehingga setahun
insyallah
semoga Allah berikan aku kesempatan untuk menyusukan sepenuhnya si cilik comel ini
ahlamak
terpuji anak sendiri pulak
:p

sambung cerita
aku dah beli pam baru
eh tak tak
aku beli yang second hand punya pam
spectra 3
motip?
sebab aku saja la tengok kat kumpulan ibu menyusukan di FB
tetiba ada sorang puan nie nak let go Spectra3 dia
dengan dabel pumping
then aku sms
mintakdia emailkan gambar
then terus aku decide beli dari dia
dia punya susu tak keluar
sekali perah hanya dapat 1.5 oz aje

alhamduillah
pam nie memang baru
tak nampak mcm second hand punya pun
dan pertama kali aku cuba pam terus dapat 8.5 oz
Allah!
bertapa ruginya aku sebelum nie tak beli pam elektrik
kalau tak paling maksimum aku dapat kalau guna pam manual adalah 7 oz sahaja

dan pernah satu pagi
dapat 10 oz
memang pencapaian terbaik aku sepanjang memerah susu di waktu pagi yang hening

susu di bawah hasil dabel pumping
selalunya aku akan perah 3 kali
dan dapatlah 15 oz

spectra 3
terima kasih kerana hadir dalam hidup saya
haha

best rupanya guna elektrik punya pam nie
sambil ko pam
sambil bergosip dengan cikgu
sambil pam sambil ko boleh menanda kertas
pernah sambil aku pam
seorang ustaz dok sebelah aku
dia tak sedar pun aku tengah pam susu time tue
sebab aku kaver dengan nursing baju yang aku beli di bandung tempohari
hebat hebat

kesimpulannya
buat bakal ibu yang masih tercari cari nak guna pam apa
belilah yang eletrik
sesungguhnya kamu tidak akan berasa menyesal
sekian
ikhlas dari hati kecil yang comel ini
:p

Isteri Incik Fahmi =p

4 comments:

~ NANA ~ said...

alhamdulillah :)

i pon nk beli yg electric nnti...sng sket :)

ciNDerella stRikEr said...

BEST kan pakai s3. hehehe

ReYNa said...

sy pon nk buy yg electric..senang keje.hihi.keje cikgu bnyk jd mmg perlu sgt la yg memudahkan keje kita mcm breastpump electric:)

sha said...

aah mmg btul sesgt tu dear. pam electric mmg d best! fasha pun guna spect3 sampai la ni danish dah setahun pun...