Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 15, 2011

pengakuan ikhlas dari seorang bonda yang jujur :p

sebelum kawen aku cukup tak suka kanak kanak
serius
memang aku tak gemar
ntah kenapa aku tak pasti
tapi aku rasa salah satu sebabnya adalah aku hanya mempunyai 2 adik beradik
gap aku dan adik aku adalah 7 tahun
so memang tak pernah mengalami experience ada adik kecik

bila aku dah kawen
memang aku merancang
tak nak pregnant sebab time tue aku belom posting
lagi pulak hasben aku masih belajar di UTEM
so keadaan kewangan adalah sangat tidak stabil

bila aku dah posting
baru kami start untuk memiliki anak
then aku refer tarikh subur dekat website
www.baiboo.com.my
sangat membantu website ini
percubaan pertama terus berjaya!
dengan izin Allah ya

bila aku mengandung
aku tak suka bila tengok diri aku
makin lama makin membesar bagai johan
selebet usah dicakap
garang di sekolah tahap yang paling meksimum
bila nak beranak
sekali lagi aku takut
takut nak ke hospital kerajaan
sebab banyak kes ngeri aku dengar

so dengan linangan air mata
aku pujuk sama suami
nak beranak jugak di swasta
akhirnya redho lah sang suami
memilih PMC

alhamdulilah
layanan adalah bagus
doktor adalah pakar
doktor treated well
doktor sangat friendly
owh~
bukan itu yang aku nak ceritakan

bila ada anak
pernah satu ketika aku rasa serik nak beranak
aku tak suka berada di dalam pantang
sebab anak aku dok berjaga malam
tidur mula tak cukup
stress anak masuk wad kena kuning
dihantar pulak anak aku ke hospital kerajaan
time tue pulak suami aku berada di melaka
aku pulak berada di kedah
sayu usah di cakap
memang aku serik nak beranak
serius

tapi...
bila emir makin membesar
dah pandai terkekek kekek gelak
dah mula keluarkan suara komandonya
perasaan serik itu hilang sama sekali
eh...
tak hilang
beransur hilang...
tapi sakit operation masih terasa

indahnya ada anak bukan?
hilang kesunyian kami selama ini
hilang pilu duka selama ini
bila tengok wajah budak yang beratnya sudah 7 kilo itu
rasa mau cubit dan makan
nyam nyam
:p

serius
ada anak adalah satu benda yang paling best di dunia ini
kerana setiap anak ada rezeki
dan yang paling penting
menghiburkan kami suami isteri dengan keletah dia yang mula menunjukkan songel sekarang ini
:p
dan juga mengeratkan kasih sayang kami suami isteri

terima kasih emir zhafran kerana kami lahir ke dunia ini
terima kasih kerana memilih bonda dan baba sebagai ibu dan bapa kamu
percayalah bahawa kalau bonda dan baba pergi melancong
kamu akan ditinggalkan bersama tok wan dan mak tok di kedah ok
wakakakaka
 dah nak masuk 4 bulan budak ini dan kulitnya makin tinted.hilang keputihan kau nak.hahaha

day 1 at PMC.putih melepak.haha


Isteri Incik Fahmi =p

No comments: