Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 23, 2011

misi menambah koleksi cloth diapers

 ya!saya seorang bonda yang suka beli cloth diapers
sebab percubaan pertama sebanyak 5 keping CD kepada emir zhafran
dapat menjimatkan perbelanjaan membeli pampers pet pet
bonda sangat hepi sebab bonus kali nie bonda dapat menambah 10 keping lagi cloth diapers emir zhafran
aku prefer beli online okay
sebab aku rasa beli online lagi murah,jimat dan tak payah nak bersesak sesak
tapi tak semua la barang aku nak beli online

sejak ada anak nie
kemain teruja nak beli barang barang anak
pergi lah memana pun
pasti anak didahulukan
:)

aku campur campur jenama
aku amek 5 jenis sunny baby yang minky (permukaan yang gebus macam autumz jugak )
dan 2 jenama qq baby yang charcoal bamboo (permukaan getah tapi di dalamnya lembutttt sgt)
dan 2 lagi jenama GG series charcoal bamboo tapi style zip zap
tambah lagi wet bag dan zebra book

apa itu charcoal bamboo
aku pun tak tau pada mulanya
tapi bila cd dan sampai
baru nampak kelainan di situ
dia punya permukaan kaler grey yang terang
based kepada penjual dia cakap charcoal bamboo sesuai untuk baby yang kulit sensitif
then dia sangat lembut
insert dia pun kaler grey pekat jugak
aku belum try
sebab tengah basuh berkali kali untuk penyerapan yang berganda
nanti bila aku dah try pakaikan cd nie kat zhafran
akan aku review semula
:)

hepi cloth diapering everyone!
i love CD
i love to save my money! :p

koleksi zhafran so far 15 keping CD
kalau jenama jenama yang aku guna nie bagus dan okay untuk zhafran
akan daku tambah menjadi 15 keping lagi
tapi kena tunggu ada duit la kannnnn!

 Isteri Incik Fahmi =p

2 comments:

Salmia said...

boleh bg link online shop tu? :)

mrs.nadira said...

u basuh cd hari2 ke dear?sehari zhafran pakai berapa?