Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

bermula episod baru sempena tahun baru

lama sungguh tak menulis di sini
asal nak menulis ada jaaaaa benda nak buat
contohnya kalau aku bukak FB
semangat memula berkobar kobar nak upload gambar trip ke bandung
bila ada kawan kawan stat chat di FB
terus tergendala nak update
maka sampai ke hari ini
percutian ke bandung yang super duper best giler itu
terpaksa bersemayam buat saat dan ketika ini
hehe

sempena tahun baru
wajah blog pun kena lah baru
bersesuaian dengan azam baru aku
banyak azam baru aku
especially mengenai kerjaya aku
dah 5 bulan berkubang di rumah
maka...tahun 2012 aku dah sematkan azam
moga moga dapat dipenuhi

sini baca aku punya azam
kot kot korang punya azam pun sama dengan aku

kerjaya dulu ya!sebab kerjaya menyumbang kepada gaji aku.hehe
last year result PMR sekolah aku untuk subjek sejarah adalah meningkat
dan hasilnya 2 orang sahaja pelajar yang gagal
last year aku mengajar sejarah 2 kelas
alhamdulillah
kelas aku tak ada student yang gagal
tapi!kebanyakan mereka membolot gred C dan D
AZAM aku,tingkatkan prestasi untuk tahun depan
sebab tahun depan aku bolot 3 kelas daripada 4 kelas untuk form 3
maka..aku kena bekerja keras untuk tingkatkan prestasi bebudak ini
mudah mudahan result tahun 2012 lebih cemerlang
amin

KEDUA
nak fully BF emir zhafran sampaiiiii la susu tetek aku kering
:p
BF anak sendiri adalah awesome!
bonding antara anak dan ibu sangat kuat
plus aku pun solid molid jer sekarang nie
dan....kos untuk membeli susu tepung tak payah nak risau langsung
jimat bersih halalan toyyiban
semoga Allah qabulkan permintaan aku

KETIGA
makin tinggi gaji makin tinggi expenses
yes yes
saya adalah guru yang sudah dinaikkan gaji untuk tahun depan
suami saya pula seorang jurutera
nampak macam gaji beribu raban bukan?
tapi percayalah
hutang piutang sangatttt lah banyak
rumah,kereta,asb,ptptn,kutu,parents,pengasuh zhafrankredit card,billing lain
tolak campur darab bahagi semuanya dekat dekat 2500 plus plus tau
untuk expenses sahaja okay
balance tinggal untuk kitaorg adalah senciput sensedut aja
jadi..setiap bulan takkan aku tak tukar baju nak kerja
takkan aku tak hadiahkan sesuatu untuk aku setelah penat bekerja
so..aku ambil keputusan untuk mengajar tusyen
at least ada pendapatan sampingan untuk mewahkan diri aku sendiri
bershoping duit sendiri
dengan titik peluh sendiri adalah lagi puas
aku adalah wanita independent okay
dari bujang lagi
so..tak nak mengharapkan duit sang suami semata mata

KEEMPAT
nak tambah collection CD emir zhafran
sekarang dah ada 15 keping
insyallah nak tambah lagi 20 keping
biar banyak
sekali aje berhabis duit
then boleh jimat untuk pampers
sebab sekiranya susu aku dah tak ada nanti
at least tidaklah rasa sangat duit susu mengalir bersama pampers pakai buang
ye dop?

semoga azam aku tercapai dan yang penting aku perlu fokus untuk kerjaya aku yang sudah lama kutinggalkan
bakat aku untuk mengajar dah ada dalam diri
maka tidak aku sia siakan bakat terpendam aku ini
haha

Isteri Incik Fahmi =p

2 comments:

FiZa said...

Hai salam perkenalan...Cikgu ajar sejarah ek?? kat company sy ada buat gempar komik sejarah...Belajar sejarah dlm versi kartun...Mane tau pelajar2 berminat...kalau cikgu berminat sy blh hantar sample dulu...

FiZa said...

blh bg alamat & contact no...Fiza blh hantar sample dulu...email fiza nourfieza@yahoo.com