Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 10, 2011

percutian singkat KAMI

dah 3 dan 4 kali aku bercadang nak ke cameron
akhirnya...
dengan terbitnya emir zhafran ke dunia
dapatlah aku ke sana juga

kenapa?
alasan sebab nak tinggalkan anak awal bulan 12 nanti
so kenalah bawak anak bercuti sebelum mak pak bercuti berdua duaan
:p

dah alang alang balik kelantan raya haji tempohari
kami pun singgah bermalam di cameron semalaman
cuaca adalah cantik pada kedua dua hari tersebut
sejuknya mashallah hingga ke tulang sum sum

syukur sebab zhafran tak meragam
malah kemain hepi dapat berjalan jalan
tido malam pun nyenyak mengalahkan mak bapaknya si kecik tue
:p

kami menginap di hotel biasa biasa aja
hotel kavy
harga RM 88 semalam
bilik pun ok
time kami pergi adalah weekdays
so jalan sangat clear
tak sesak langsung dengan umat manusia
selesai check in
budak kecik itu kemain riang gembira
 baba sedang mengagah zhafran.

 zhafran dan uniformnya bila di cameron.kemain tebal baju dia.hehe.bonda dan zhafran berada di hadapan hotel :))
first destination adalah pasar malam di brinchang.
kelabu mata aku tengok sayur bapak punya segar bugar
murah pulak tue
then jagung mutiara
sumpah manis dan fresh!
barang jualan di pasar nie murah giler!
apa lagi,memborong lah aku secara menggila
:p

lepas ke pasar malam,kami terus ke tanah rata untuk santapan malam
then balik ke hotel dan Zzzzz

DAY 2
 lepas bersiap menggedik kami tangkap gambar berdua sebab zhafran tengah nyenyak tdoq
 uniform yang sama zhafran pakai.
 then ke tanah rata untuk lihat ladang teh yang maha luas
cuaca sejuk giler
tapi best!
zhafran adalah tdoq semasa di ladang teh
:p
 baru bangan tdoq
mood ketat :D
 kat strawberry farm
best giler tempat nie
boleh petik strawbery tapi kami hanya beli strawbery kat pasar brinchang
murah lagi berbanding petik di sini
cuaca time nie panas,hujan tapi tak sejuk
so uniform zhafran ditanggalkan

sedap giler benda alah nie
hanya RM 6.90
baba jahat,dia suapkan aiskrim kat zhafran
zhafran pulak anak bijak
dijilatnya aiskerim tue
then nangis nak lagi
oh anak!
baru 2bulan setengah
tapi dah bijak
oh..nak jadi doktor mestilah bijak kan?
hahaha

last but not least
bonda dan zhafran
tudung aku senget benget
haha
gambar bertiga tak ada
sebab baba adalah ptohog sepenuhnya pada hari itu
:p

percutian yang bermakna bersama anak
:p

next destination is gambang,kuantan
bila?
raya cina tahun depan!
yahuuu


Isteri Incik Fahmi =p

2 comments:

Unknown said...

sonokkn g cameron?2mgu lps bru daku g sana.best dpt petik stroberi,ble mkn Ya Allah manis gilerr...tmpt yg u g sma mcm tmpt yg daku g...hehehe.geram tgk sayur2 n stroberi segar2...

Noli said...

best bawak anak p bercuti kn..hehe..noli pon bawak wafa p cameron aritu ;)