Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 13, 2010

ke mana saya menghilang?

minggu lepas dari ahad sampailah rabu aku ada kursus di KL
pelbagai info menarik untuk dikongsi bersama rakan sejawat
tetapi belom sempat
sesampainya aku di Melaka
sang suami setia menanti untuk menatap wajah isterinya
apabila sampai sahaja di rumah
mendapat panggilan PAK LANG aku meninggal
di langgar mat rempit
hoh~
malam itu jugak bergegas aku mencari bas untuk pulang ke KEDAH
sang suami tidak pulang
sebab ada final exam esoknya

ok fine
dari melaka ke kedah
menaiki pulak bas
memakan masa hampir 8 jam
aku memang kedaung tido dalam bas
tanpa sempat melihat alam sekeliling yang gelap gulita
sampai di kedah jam 5.30 pagi

jam 7 pagi bergegas ke rumah arwah pak lang
jam 9 jenazah pak lang selamat dikebumikan
perasaan?
sangat sedih
sebab arwah pak lang adalah antara bapa saudara yang paling rapat
beliau sangat mudah didekati
dan baik hati
Allah sayangkan beliau
dan semoga Allah tempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman
amin

seterusnya
membeli tiket ke kedah jam 4.30 petang hari yang sama
kedaung sekali lagi sebab penat yang teramat
sampai melaka jam 2 pagi
dijemput sang suami yang paling dicintai
jam 6 bangun untuk ke sekolah

di sekolah pelbagai kerja kene dibereskan
jam 1 pulang ke rumah
memasak seperti biasa kepada sang suami
yang ditinggalkan isteri selama seminggu
^_^
jam 5 ke sekolah
angkat hamper bagai untuk jamuan makan malam
jam 7.15 bersiap sedia untuk ke jamuan makan malam
jam 11 pulang dari makan malam
jam 12 suami pulak laparr
terpaksa temakan beliau makan di luar
jam 12. 30 pulang
terus kong

jam 12 esoknya baru bangun
dasat bukan?
haha

dan hari ini?
sang suami merengek bagai anak kecil
untuk pergi menonton wayang
hoh hoh hoh
terpaksa diturutkan
sebab ciri ciri wanita sholehah amat tebal dalam diri insan ini
wahahaha
sekian laporan untuk seminggu



Isteri Incik Fahmi =p

No comments: