Anda Sahabat Saya Yang Terhebat

Perkahwinan kami

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 15, 2015

hungry bear, bukit beruang melaka

last week aku ada ajak laki aku p makan kat luar
dah semedang je asyik masak
nak jugak makan makan kat luar kan
so cadangan makan kali ini adalah di HUNGRY BEAR, bukit bear(beruang)
:p
cadangan makan ni atas cadangan kawan aku
dia kata sedap lazat menyelerakan gitu
jadi moh ler kita ke sana ke sana sana sanaaaa


bila masuk kat dalam restoran ni akan ada cenggini kat belah hujung

asainya nak p beli ikan ja.itu yang aku pakaikan cenggitu ja kat anak aku.sekali bila aku menyuarakan hasrat hati kat suami aku nak ke sni terus dia on.maka comotlah anak aku ketika ini



kami order satu set yang berharga RM 39.90
pizza 1 pan tu
breadstick
mushroom soup dan garlic bread
dan american tea
habis licin kami makan
menandakan sedap la
dan tak muat
isi pizza pun ok la

lokasi cadangan makan ini ialah :

bila ko nampak petronas bukit beruang
pertonas tu pastikan sebelah kanan ko
jalan lajak sikit akan ko nampak old town white coffee kat BB Bazaar
dan sebelah Old town tu lah hungry bear
get it?

Isteri Incik Fahmi =p

Monday, September 14, 2015

aku kembali setelah sekian lama

kekok oi kekok oi nak menaip semula dalam blog ni
hahaha
last aku menulis adalah bulan 10 tahun 2014
dah hampir setahun aku meninggalkan blog ni dengan sendu tanpa sebarang berita
haha
aku macam biasa
makin membuntal
masih lagi mempunyai seorang suami yang bernama MR FAHMI
dan anak lelaki yang super aktif EMIR ZHAFRAN
bila nak menambah?
huwaaaaa
nak sangat tapi rejeki belum hado
doa doakan aku
enrty kali ini biarlah sesimple diri aku
cewah
diakhiri dengan gambar anak teruna aku yang hensemmmm ini
haha




Isteri Incik Fahmi =p

Wednesday, October 29, 2014

cita citaku menjadi orang kaya.haha

 tajuk tak boleh blah
bahahah
sebenarnya aku ada sedikit catatan mengenai impian aku buat masa mendatang
tapi tak tau nak luah kat sapa
luah sini ajelah
boleh?

ko penah tak terpikir yang sekarang ko akan jadi apa yang ko nak jadi?
aku tak pernah terfikir
serius
dulu dulu masa sekolah aku dok kelas last
mana la ada orang nak target aku ni boleh jadi cekgu macam sekarang
serius aku dulu memang tak pandai
sumpah tak tipu
5 tahun kot aku dok kelas last
hahaha
dipandang hina siot
hahaha

itu sebab sekarang kalau bebudak kelas last aku jadi sayang sangat kat diorg
asai kelas last aku akan cuba sedaya upaya nak tolong diorg ni keluar dari kepompong kehidupan diorg
sanggup masuk waktu PJ semata mata nak tolong diorg
wow
hahahah
serius aku tak tipu
kalau budak budak kelas last aku jadi sayang sangat kat diorg
tak tau nak cakap camna

cukup cerita pasai life as a teacher
now aku banyak impian yang nak dicapai buat masa terdekat ni
im planning for baby
4 tahun dah aku tak mengandung
now its time aku rasa untuk menambah ahli keluarga
tapi disebabkan aku ambil pil perancang lama sangat
aku tanya doktor dia cakap kena bagi masa untuk badan supaya kembali subur
risau sebenarnya sebab lama sangat aku telan pil
hehe
tapi aku tak stress
sbb aku rasa ni pekerjaan Allah untuk memakbulkan doa kami laki bini untuk menimang cahaya mata seterusnya
wow skema ayat
hahah

plan tahun ni nak pergi haji
tapi Allah belum makbulkan doa kami
setengah tahun kami pergi kursus haji di masjid setiap ahad
barang barang dah beli
tapi disebabkan penagguhan haji oleh suamiku sebanyak 3 kali sebelum sebelum ini
maka tahun ni nama dia langsung tak tersenara sebagai jemaah
tu orang panggil bukan rezeki kami lagi
insyallah simpanan dah cukup
mudah mudahan ada rezeki kami laki bini lepas ni

then aku plan nak sambung belajar
nak sambung master
rindu jaman belajar
even aku bukan pandai sangat masa kat UIA dulu
tapi semangat aku nak kuasai ilmu dlm bidang pendidikan ni tinggi
ayat aku ko tengok
hahaha
aku rasa aku nak tolong pelajar2 ni
tapi dengan ijazah yang aku ada ni
tak cukup
jadi aku kena ada masters

aku ajak laki aku sambung
tapi dia ckp dia dah lama sangat belajar
hahahah
dari diploma terpaksa extend
then sambung degree je tak extend
hahaha

aku nak anak anak aku kagum ngan kekuatan mental dan fizikal bonda dan babanya
sebab aku masih ingat
masa aku form 1 dulu kan kena buat folio sejarah
kena ada tokoh yang saya kagumi
mak ayah aku mana la ada pendidikan tinggi
mak aku sampai spm ja
ayah aku sampai darjah 6 ja
masa tu aku terpaksa la ambik sepupu aku
sebab dia ada ijazah
aku tak nak anak anak aku jadi cam aku
nanti kalau kena buat folio
at least dia boleh letak gambaq aku ngan suami aku sebagai role model
hue hue hue

aku nak anak anak aku keluar dari kepompong kesusahan yang aku telah alami
cukuplah aku sorang merasa kesusahan tu
oh babanya tak pernah rasa susah
ehheheh
aku aja yang berasal dari keluarga yang sangat biasa

jadi hidup aku kena bermatlamat
tapi aku tak pasti la matlamat aku ni kedaung atau dapat dicapai
hahaha

plan aku seterusnya nak beli tanah di kedah
pastu nak buat rumah kat kedah lagi 10 tahun
sekarang memang aku beli rumah di melaka ni
so that bila aku balik ke kedah nanti
ada la rumah sebiji sebagai kenangan kat sini
hehehe

pastu aku plan setiap sorang anak anak aku akan ada rumah
ko tengok tinggi nau impian aku ni
hahaha
macam la aku ni kerja CEO
hahaha
anak aku pun aku plan nak 4 orang ja kot
insyallah

sekian sahaja buat kali ini
nanti aku akan update lagi
tata


Isteri Incik Fahmi =p

Friday, October 17, 2014

bercuti ke Bukit Tinggi, Pahang

 bismilahirahmanirahim

entri kali ni adalah tahun lepas masa raya puasa
hahaha
ni baru tengok balik dalam kamera
rupanya banyak jugak aku bercuti
haha

selalunya setiap tahun memang masa raya aku akan plan sehari atau dua hari untuk bercuti ke mana mana
tahun lepas plan nak ke bukit tinggi
so malam tu terus kol
ada bilik kosong dengan harga RM 200 semalaman dengan rate government
bilik selesa ya hamat
fyi,aku ni tak pernah menginao hotel yang lebih dari RM 100
sebab tu kalau hotel yang RM 200 aku bukan main syiok
laki aku kan penjimat orangnya
so aku pun turut rasa tempias untuk berjimat cermat
auwwww
ahahah

 tu bilik kami,yang tengah terbuka tingkap tu.gila strategik dan cantik
 breakfast pun ada macam macam makanan.buat aku yang jakun sebab sekali sekala p tidoq hotel mahai ni memang tamak makan semua makanan.hahah
 berjalan jalan melihat alam.cuaca dingin aja
 bagi anak aku tengok angsa yang jinak.
 ni dekat taman arnab ngan taman rusa kot.aku pun dah tak ingat.hahahah
 masa ni anak aku baru dua tahun lebih kot.ntah dah lupa.hahaha.tapi dia punya melasak perghhh boleh jadi sado aku.

lepas check in terus lah balik ke melaka
itulah saja percutian singkat dan tamat
haha

Isteri Incik Fahmi =p

Sunday, September 7, 2014

melancong ke medan

 ini adalah entry tahun lepas
hahaha
cerita ni aku dah ingat ingat lupa
tapi kalau ada tips aku akan usahakan bgtau
total cost aku ke medan sorang dalam RM 650
sebab apa murah gila
sebab nak pergi bulan 3
bulan 10 aku dah stat booking segala bagai
memang aku ni bukan kaya mana
kalau nak pergi bercuti memang aku akan booking awai

sebagai contoh aku p bejing total cost termasuk tiket kapai terbang,hotel,makan,tourist guide semua adalah RM 1100
orang yang jumpak kami masakat bejing tekejut beruk sebab murah melampau
haha
selalunya pakej ke bejing dalam RM 2000 ke atas
tapi memandangkan aku ni jenis plan setahun awai
maka dapat murah gila gila gila
nampak tak
hahah

ok nanti aku buat cerita pasai bejing
sekarang aku cerita pasai medan dulu
sebab dalam laptop ni ada gambar pasai medan saja

kami bertolak ke LCCT naik exora kawan aku
since kami berenam saja
maka senang
bertolak dalam pukul 2 pagi
aku macam besa
memang tak bawak anak aku
hahaha
kalau p obersea aku memang tak bawak anak aku
memang mak ayah aku akan jaga
kejam kan?
aku ada sebab kenapa aku tinggai anak aku kalau p obersea
biarlah aku ngan suami aku ja tau
ececece
hahaha

masa ni dah sampai dalam pukul 9 pagi kot
kejap ja kan dari LCCT ke MEDAN
kawan aku first time naik kapai terbang
dia kata awat sempit sangat kapai terbang ni
hahahah

bagi aku sempit bukan halangan
yang penting aku sampai tempat yang aku nak p
dia belum rasa aku p bejing hari tu
6 jam beb
lagiiii tak selesa
dah la seat kami belakang toilet
hahahaha

ni kami bersama dengan pemandu pelancong kami
masa niteruih p makan pagi
sebab nak ke lake toba jauhhhh lagi
masa ni singgah sekejab di mana ntah
aku dah tak ingat
dia juai macam coklat kacang
ampun ampun
cerita tahun lepas
aku memang sedikit lupa ingatan

ni sepanjang perjalanan nak ke danau toba

dah nak sampai ke danau toba
very the cantik
tenang jaaaa
ni hari kedua
kami naik bot besar ke pulau samosir
kat sini keturunan batak
kalau p sana kena sebut horas tak silap aku
kalau salah jangan marah sbb diulang
ni tahun lepas punya trip
kekuatan fikiran aku tak boleh nak ingat banyak
terhad
hahaha
ni kat perkampungan batak tu
pulau samosir
unik sungguh rumah kat sini
orang tu tengah demo
macam mana dia akan pancung kepala
masa zaman dulu dulu
ni kat pulau samosir
kat sini sampai sampai
kami terus gila nak shopping
hahaha
kat sini
aku punya tourist guide ada pesan
kalau nak beli terus beli
tawar dan terus beli
sebab apa
nanti ko tanya sendiri tourist guide korang
aku takuit
kang aku tersalah cakap
aku akan dikecam
hehe

ni lepas p pulau samosir
ada lagi satu pulau
tapi aku tak dah ingat pulau apa
masa ni kami takut sangat nak tawar tawar lagi
sebab bila tourist guide kami pesan masa shopping kat pulau samosir tu
mood nak beli pun dah kureng sebab takut
haha
ni singgah minum teh ngan pisang goreng
teh tu aku beli sebngkus
sampai sekarang masih ada
hahaha
suasana kat sini ala ala cameron highlands
layannn ja kesejukan dan kenyamanan di sini
pastu sinngah pulak istana apa ntah
aku tak hengat woi
tapi yang aku ingat
raja ke sultan ntah
ada ramai bini
setiap bini disediakan satu dapur
dapur tue dapur kayu
ni pemandangan masa kat medan tapi aku tak tau kawasan mana
wahahaha
tapi syiok gila
sejukkk
tapi masa tdoq nyamuk banyak gila
hahaha
tu kat ayaqterjun
cantikkkk gila
aku tak pasti buleh mandi ke dak
hahah
tempat makan tapi kena bersila
syiok

cerita aku memang tak padat
tapi tips aku mungkin boleh membantu hampa
1-duit tak payah tukaq banyak sangat sebab kat medan biasa ja.bukan lubuk shoppingmacam kat bandung
2-kat pasar ikan tawar harga okay.pastu kalau nak bei telekung solat,better tanya dia yang sulam dari bukit tinggi.telekung kalau bukan dari bukit tinggi macam tak sedap sangat pakai.balik nanti ko kene alter.aku beli 3 helai dua aku dah bagi mak aku suruh alter.telekung yg dari bukit tinggi ja aku pakai sampai hari ni sebab cotton dia sedap sangat.
3-try la makan makanan minang.ala yang ada banyak banyak pinggan dia hantar pastu ko pilih je nak makan pinggan yang mana.rasa best gila sebab meja kami penuh meja.harga tadak la mahai mana.
4-mdan kalau nak p 3 hari pun dah okay.sebab dia tak banyak sangat tempat lawatan cam bandung.
5-pastikan hampa ada currency exchange.aku siap print dan bawak.bila aku sampai kat samosir island,pelancong india dr malaysia siap tangkap gambaq kertas yg aku print tu.dia kata bagus siap print.haha

sekian saja coretan aku
bila lama gilaaa tak update aku rasa macam kekok gila nak menaip pepanjang
sekian untuk tips ini
tata




Isteri Incik Fahmi =p

Tuesday, September 2, 2014

ada apa dengan 28.08.2014

cun dok tarikh 28.08 tue kan
ahahahah
sebenarnya tarikh perkenalan aku ngan hasben
saja ja la nak bagitau
hahaha

cuti minggu lepas aku memang tak p mana
dok berteleku ja kat rumah banglo ni
hahahah
perasan rumah banglo
walhal pondok buruk ja pun
hahahah

selalunya kalo time time cuti camni
ramai yang akan mai melaka
so kami memang tak ke mana
maka ramailah yang akan mai rumah aku
tak pa
aku lebih suka orang mai rumah aku tau
tapi kalau nak mai
bagitau la awai awai
ni kalau nak mai pukul 10
pukul 8 baru nak habaq
buleh gelabah kak shell
mau tak nya
rumah aku ni macam langit
"langit tidak selalunya cerah"
serupa jugak macam rumah aku
tidak selalu sentiasa kemas siap naik bintang
hahahah

jadi jangan bikin kak shell gelabah
nak mai habaq awai awai
sekurang kurangnya kak shell tak jeng kreng
hahahah

hari tu ada sekali
sepupu hasben aku nak mai dan dan tu jugak
perghhhh
aku punya gelabah sampai pecah peluh jantan menitis
mana dengan dapur bersepah
mana dengan  bilik tetamu aku longgok baju bajan
mana dengan pinggan tak basuh
lantai tak mop
nampak tak di situ
bertapa bersepahnya rumah aku ketika itu
hahaha

maka time time tu aku bertukar jadi robot
zap zap zap terus semua selosai
ahahaha
jadi
atas apa yang sudah berlaku terhadap aku beberapa kali
time weekend aku akan pastikan rumah aku sentiasa berkemas
sapu lantai tu ada la sehari sampai tiga kali
get ready omputih kata
maka kalau sapa sapa tepon jam jam tu jugak nak sampai
aku ok aja
hahahaha

ni kesah aku pagi tadi
hari ni aku ada observation dari PPD
aku mati mati ingat dia dah tak mai
sekali pukoi 8 aku naik bilik guru
perghhh dah ada dia
mau cuak aku
lesson plan satu binatang apa pun belum aku buat
biasala...
bila dah lama cuti
aku mana dah nak ingat kerja kat sekolah
aku pun terus on komputer
sekali lineeeee
ya ampun
slow nak mati
dah padahnya tak jumpak apa yang aku nak cari
terpaksa guna plan B
nasib baik la dapat prepare semuasemua tu dalam dua jamlebih
after rehat sampai lah pukoi 12 40 dia observe aku
lama wooo
tapi takpe
aku ok ja
hahahaha

lepas habis ja observed tadi
kepala akumacam baru habis periksa add maths
rasa berattt ja
hahahah
mau tak nya wei
dua jam aku kena speaking
hahahah

dah minggu ni plak
laporan PLC kena hantar
baru ja masuk sekolah
bertimbun dah kerja
ini baru cuti 4 hari
tapi takpa
aku tau semua cikgu memang banyak kerja
tak terkecuali aku
tapi time satu ketika aku tadak kerja
uihhhh punyalah syiok
hahahah

 ni kertas peksa budak budak percubaan SPM belum tanda
banyak jugak
3 paper beb
jenuh juling mata ko nak menanda
tapi takpa
kakshell kan hulk
hahahah

sekian laporan aku
gambar ilek
sebab dalam laptop ni nan hado gambar
semua dalam henset

 
Isteri Incik Fahmi =p

Tuesday, August 26, 2014

malam yang hening

 bismilahirahmanirahim

dah dua malam aku kena stay back
menanda sambil berkerut kerut kepala
tentang PT3 ni
mana satu kepentingan
mula mula baca macam ayat tu kepentingan
dua kali baca ayat tu plak macam langkah
dah sudah
camna aku nak bagi markah
wah
cabaran guru pada masa kini
apa jua tugas atau dasar baru
memang kena pikul amanah
kalau tak sia sia tetiap tahun
aku dok nyanyi lagu hari guru
"apa yang kami janji,tunai tetap kami tunaikan"
 wah
sungguh bermotivasikan
hihi

line malam ni sama taraf dengan garden snail
ini sebab terpengaruh dengan cerita turbo la ni
dah hari hari sebelum tidur
anak aku mesti nak tengok citer siput
aku dah sampai boleh hafal jalan cerita
hahaha

punyalah aku lama gila tak update
hari ni 16 orang ja view blog aku
hahahah
nampak nau cam penulisan aku dah suam suam kuku
hahahah
tak pa
aku tulis bukan nak suruh orang baca
aku tulis untuk kepuasan diri
so kalau aku tadak di dunia yang fana ini
sekurang kurangnya hampa tau
aku pernah berblog
"emo pulak"
ni gara gara hari hari mengikuti perkembangan MH17 la ni
mau tak emosi
memang dugaan besar buat negara kita
dan dugaan besar buat ahli keluarga
sesungguhnya Allah sebaik baik perancang
he knows the best when he created something
kita sebagai hama Allah
kena redho dan terima takdir Allah

hari hari mesti aku akan search tentang MH17
dan membayangkan diri aku
sekiranya aku berada dalam flight tu
apa yang aku buat pada masa tu
aku cuba letakkan diri aku dalam situasi tersebut
memang takut
sebab kita tak expect langsung kan ada kes dasat macam tu

minggu ni aku sangat bizi
rabu adalah last untuk submit PT3
then continue dengan siapkan laporan PLC
then sambung marking untuk trial SPM
tadi plak dapat tau
selasa next week kena observe english ngan orang PPD
sampaikan jiran sebelah meja aku tegur
"hang kalau free,free and easy sungguh,tapi kalo bizi,memang betoi betoi bizi"
ahahahah

sapa cakap kerja cikgu senang
tak
penuh dengan amanah dan tanggungjawab
kena pikoi sebaik mungkin
sebab apa
sebab aku nak keberkatan dalam pekerjaan aku
macam mana aku ajar anak orang
macam tu aku nak orang ajar anak aku
dengan cara bersungguh sungguh

bila dah jadi cikgu ni
banyak pengorbanan yang kena tempuh
duit osah dikira la
printer aku tu dah jadi mcm mesin fotostat
nak beli kertas kena guna duit sendiri
tapi takpa
insyallah ganjaran menanti di akhirat
moga moga pekerjaan aku ni menjadi saham akhirat untuk aku
yang kerdil ni
:p

last week aku bertugas
sorang budak menangis takmau p klinik
dah aku ngan kawan aku terpaksa bawak juga dia
sbb suspek macam apendiks
bila dah sampai klinik kerajaan
terus kena refer ke GH
budak tu anak yatim
mak tak ada transport
jadi aku ngan kawan aku terus hantar ke GH
dari pukoi 11 pagi sampai la pukoi 3ptg
tanpa claim apa apa
cikgu mana boleh claim
melainkan ada kursus atau mesyuarat
mesti diiringi dengan surat
aku nak habaq bahawa tugas cikgu bukan semudah yang disangka
pengorbanan
komitmen
kena tinggi

wah aku
bajet cam baik plak
ahahah

sekadar berkongsi
tak salah khen?
ehehehe

satu lagi bila jadi cikgu
sebelum mengajaq tu
memang kena stadi dulu
pagi tadi tiba tiba pegawai PPD mai
dia tanya aku
what do u teach for today
nasib aku memang baik
sbb smlm aku mmg dah prepare siap siap bahan untuk present tense
bahan tu mmg sangat membantu budak
dan bila aku tunjuk bahan yang aku mengajar tu
dia cakap okay
nasib baik
buatnya aku hanya guna chalk and talk
apa aku nak spekong
hahaha

dan buat pertama kalinya bulan ni
aku cakap english
hahahaha
orang tu memang spekong ja
gile ko
takkan aku nak cakap kedah
memang dasarrr sangat
kalau aku jawab dalam bahasa kedah
contohnya dia tanya
"do u have any problems regarding your lesson plan"
kata la tadi aku jawab
"ada tapi tak tau nak habiaq camna."
hahahahah
mau aku kena pelempang boya
hahahah
tapi tak aih
aku dengan buat buat konfiden nya membalas semula speakong dia la
"i teach the second last class and they are quite noisy.so for my three period, i feel so blur what to teach them bcoz im non optionist"
wei hebat dak aku?
hahahahah
gile ko
aku ni major sejarah
p mengajaq english
tak ka tersasar
kot mana pun
aku dah ajaq english 4 tahun dah
tapi aku hanya berani ajaq form 1 sahaja
hahahah

sekian sahaja perkongsian aku kali ini
esok aku akan menulis lagi
esok tajuk lain pulak
mana tau kot kot esok aku terbukak hati nak ajaq hampa grammar
hahahah



Isteri Incik Fahmi =p